Skip to main content

Tentang Anak...

Anak - anak merupakan Amanah dan Anugerah dari Allah s.w.t kepada pasangan Suami Isteri. Tetapi, ada juga pasangan Suami Isteri yang tidak dikurniakan anak - anak walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Adalah hikmah dan ujian yang Allah tentukan untuk hambanya di sebalik segala apa yang terjadi itu. Redha dan terima sebaiknya. 

Mereka merupakan permata yang perlu dijaga dan mesti dicorakkan dengan warna yang baik. Ibarat kain putih, jika diwarnakan dengan warna Merah, jadilah mereka berwarna Merah. Jika didikan Ibu Bapa itu baik dan molek, jadilah mereka orang yang baik dan molek. Sebaliknya, jika didikan itu kurang baik, maka sebaliknya akan terjadi.

Bukan kah anak - anak mewarisi beberapa peratus dari akhlak dan personaliti dari Ibu Bapa mereka? Ada Sifat dan Sikap anak - anak yang diwarisi dari kedua - dua orang tua mereka. Jadi, jika anak - anak bersikap tak dengar kata atau degil, mungkin semoleknya, sebagai Ibu Bapa jangan terlalu gopoh menghukum mereka. Sebaliknya, Ibu Bapa perlu lihat kembali perbuatan mereka masa budak - budak dahulu. Mungkin lebih nakal dari apa yang dilakukan oleh anak - anak mereka sekarang.

Berilah didikan agama yang secukupnya kepada mereka. Janganlah terlalu menumpukan kepada pendidikan keduniaan semata - mata. Anak yang tak dapat 5A UPSR dipukul dan diterajang, tetapi yang tak solat buat cool sahaja. Ambillah Rasulullah sebagai panduan dalam mendidik anak - anak.

Didiklah anak - anak dengan sikap lemah lembut dan kasih sayang. Berilah hukuman setimpal dengan kesalahan dengan tujuan pengajaran. Janganlah diperlakukan mereka seperti haiwan dan binatang.

Jadilah Role Model yang terbaik buat anak - anak. Apa yang "dipersembahkan" kepada anak - anak dalam kehidupan seharian akan menjadi tabiat dan ikutan. Kalau tak nak anak - anak jadi jahat, jangan buat perkara jahat.

# Sekadar Renungan Bersama
# Anak Amanah Ilahi
# Anak yang soleh boleh memberi Syafaat di akhirat nanti


Comments

Popular posts from this blog

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sun…

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain...
Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. 
Iklan dia kat bawah ni....
Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive
Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia
Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant
-Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik
Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023
2 Mac 2015 yang lalu, saya dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat A…

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin &  Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau diingat boleh me…