Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cari Kerja

Kisah Pencari Kerja

Imej
1. Isu Pencarian Kerja ni memang menjadi suatu perkara yang dibincangkan dalam kalangan mahasiswa/wi yang baru bergraduan atau yang "berstatus penganggur" dari IPTA/IPTS samada dari dalam negara atau luar negara. 2. Ada orang kata "Jangan memilih kerja", "Kerja je apa - apa pun, janji dapat kerja". Ini antara kenyataan dari orang ramai lah bila berjumpa atau berbual - bual dengan mereka yang belum bekerja atau belum dapat kerja. Ada pro dan cont lah dalam kenyataan tu. Nanti kalau berborak dengan mereka yang berkenaan akan tahu lah jawapannya... 3. Perkongsian tulisan pandangan peribadi saya dah banyak ditulis dalam blog ni berkenaan dengan cari kerja ni. Salah satu yang saya bangkitkan adalah tentang umur persaraan penjawat awam. Secara kasarnya, kalau boleh dihadkan untuk umur persaraan wajib sekitar 55 tahun sahaja dan mungkin boleh dilanjutkan sehingga umur 60 tahun untuk jawatan kritikal yang memerlukan kepakaran tertentu sahaja. 4. Ka...

Cari Kerja: Fresh Graduate vs Pengalaman Bekerja

Imej
Assalamualaikum dan Selamat Malam buat semua (post ini ditulis waktu malam). Tidak berapa lama lagi, kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2014. Namun itu bukan isu yang akan ditulis untuk update kali ini. Lain kali kita cakap pasal Tahun Baru ye. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan pandangan peribadi tentang kami para fresh graduate yang dalam proses mencari kerja setelah berhempas pulas belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta selama beberapa tahun dalam jurusan yang berbeza. Umum mengetahui bahawa sekarang ini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan memang menjadi cabaran utama kepada para pelajar yang baru menamatkan pengajian masing - masing. Sudah tentu selepas menghabiskan pengajian, kita mengimpikan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kita seberapa pantas yang boleh. Kalau ikutkan hati, lepas je habis, dah dapat kerja. Namun, semua itu hanyalah ilusi yang tidak menjadi kenyataan hari ini. Terlalu banyak persaingan yang perlu dihadapi...