Temuduga JPK: Suatu Catatan..
Panel Temuduga: Majlis Tertinggi (MT) |
Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123
ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari
ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview
Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat
dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama
dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk
memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada
EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat
saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin & Keselamatan, Aduan & Kebajikan,
Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman,
Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian &
Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman
sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau
diingat boleh mencuit hati. Pelbagai ragam mereka yang datang interview. Ada
yang terlalu “mesra” dengan panel, ada yang bersemangat dan macam – macam lagi.
Mengikut catatan dalam buku saya, ada 27 calon yang kami interview masa sesi
temu duga yang diadakan dalam 2 hari.
Yang
datang dalam sesi itu majoritinya adalah pelajar baru yang mempunyai minat. Banyak
kelebihan yang bakal diperoleh dalam JPK ni. Contohnya boleh pengecualian yuran
kolej, permohonan kolej mudah dan sebagainya.
Pada
pengamatan saya, mereka yang hadir pada sesi temu duga dahulu adalah mereka
yang mempunyai pengalaman semasa sekolah atau kolej, Sama ada sebagai pengawas
sekolah atau pemimpin pelajar. Temu duga yang kami kendalikan tu lebih kurang
macam temu duga sebenar sebab kena isi borang, bawak resume, berpakaian kemas,
dan bawa sijil asal. Tapi tak adalah soalan yang susah ditanya kepada mereka.
Disebabkan
saya sebagai YDP pada masa itu, saya yang akan memulakan sesi temu duga. Dan
ada 6 soalan yang saya akan tanya kepada setiap orang yang datang. Untuk
makluman, kami panggil 3 orang sekali masuk interview. Nak kurangkan masa dan
agar boleh buat kerja lain jugak. Maklumlah, kami ni pun pelajar juga. Banyak
kerja lain yang perlu dibuat.
Soalan
yang ditanya:
- Terangkan pasal diri sendiri
- Kalau ada mesyuarat JPK tergempar dan esok ada assignment yang perlu disiapkan dan dihantar, datang tak mesyuarat?
- Nama VC/PNC/Pro Canselor
- Kalau jawatan yang dipohon tak dapat? diberi jawatan lain?
- Kalau CGPA turun, salahkan JPK?
- Kritikan jadi pengarah
Kebanyakan
soalan yang kami tanyakan kepada calon adalah soalan berbentuk situasi apabila
menjadi JPK. Saja ja nak uji bagaimana jawapan yang diberikan. Soalan yang saya
tanyakan di atas adalah realiti apabila menjadi seorang pemimpin. Daripada
jawapan yang diberikan, akan dapat dinilai sama ada seseorang itu layak atau
tidak.
Selepas selesai sesi, kami berempat, panel
interview bermesyuarat untuk memilih mereka yang terbaik untuk mengisi jawatan
sebagai sekretariat. Itulah kenangan semasa memimpin JPK Jasmine suatu ketika
dahulu, yang pastinya sentiasa dalam ingatan.
Sesi Temuduga Berlangsung |
Calon Mengisi Borang |
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamthropagmonszo Kimberly Sammons https://wakelet.com/wake/rn0nBjd5tHPI-VBZo3EML
BalasPadamsilangatshand
febigraswa1982 Robert Alvey https://www.thesuggestibles.co.uk/profile/adelardrashonhardiness/profile
BalasPadamtrademdowge
Ogatetrore Leslie Holloway Sketchup
BalasPadamFonePaw
ScreenHunter Pro
afininhar
beseFma-fu-1999 Joe Bonsness software
BalasPadamSoftware
icdedere