Borong Sakan BB1M




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

Hari ini entri terbaharu pasal Baucer Buku 1 Malaysia.

Memandangkan saya masih lagi tergolong dalam kategori seorang pelajar, maka saya tak dapatlah mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebagaimana dalam e-mail dari Kementerian Kewangan kepada saya baru – baru ini. 


Tuan / Puan,

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2014

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan ( Nama : MUHAMMAD SYAWAL BIN MAT GHANI , No. Pengenalan : ) bertarikh 24/12/2013 tidak diluluskan atas kod alasan berikut:

07: Pemohon telah menerima baucar buku

3. Sebarang pertanyaan atau rayuan, sila hubungi talian bebas tol:
. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1-800-88-2716 (BR1M); atau
. Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan.

Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

Kementerian Kewangan Malaysia

Tanggal 27 Mac 2014 yang lalu dalam pukul 9.15pagi, saya ke Pejabat Kewangan UiTM Kampus Machang untuk ambil baucer buku. sebelum tu, saya telefon dulu, takut tak ada baucer tu. Menyesal minyak kereta nanti kalau tak ada. Alhamdulillah ada.

Petang tu, saya bersama kakak dan 5 orang anak sedara ke Muda Osman untuk borong buku. Sekali skala belanja anak sedara beli buku guna baucer. Dapatlah diorang beli 2/3 buah buku seorang guna baucer ni. Habis RM 150.00 di SMO hari tu. Masih berbaki RM 100.00. 



Ketika berada di kaunter bayaran, petugas bagi baucer buku SMO sebanyak RM 15.00 sebab habiskan RM 150.00 di SMO. Boleh beli buku lagi lain kali.

Sekian :)

Ulasan

Catat Ulasan

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan