Jelajah Solidariti 529 Mesir Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin




Jelajah Solidariti 529 Mesir Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin

Tempat: Markaz R Pasir Puteh, 7 April 2014

Alhamdulillah, walaupun telah lama peristiwa ini berlangsung, namun hanya sekarang baru dapat postkan dalam blog ini. Disebabkan beberapa kekangan dan kelemahan diri sendiri seperti internet connection dan sebagainya. seingat saya, saya telah menulis tentang Mesir ini dalam entri yang terdahulu, apabila penyokong IM berkumpul di Dataran Rabaah Adawiyah.

Beberapa hari yang lalu atau tepatnya pada 7 April 2014, saya telah menghadiri Jelajah Solodariti 529 Mesir Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin yang telah diadakan di Markaz R Pasir Puteh yang telah dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pelajar Mesir. Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang peristiwa semasa yang berlaku di negara Mesir itu sebelum ini telah memulakan jelajah pertamaya di Bachok dan akan dibuat di tempat – tempat lain seluruh negeri Kelantan.

Umum mengetahui bahawa semenjak kejatuhan Presiden Mesir, Dr Mohd Mursi yang telah digulingkan pada beberapa tahun yang lalu oleh Si Durjana Al Sisi, Mesir terus bergolak. pembunuhan demi pembunuhan terhadap rakyat Mesir terutama sekali terhadap Anggota Ikhwanul Muslimin (IM) dilakukan dengan sungguh kejam tanpa mengira waktu dan keadaan. Tengok sajalah pelbagai video yang diupload dalam Youtube yang menunjukkan perlakuan zalim terhadap mereka yang tidak bersalah. Ditembak ketika solat, diseksa dalam tahanan, dipenjarakan pemimpin dan anggota IM serta pelbagai cara lain yang dilakukan oleh kudeta zalim Al Sisi untuk melumpuhkan dan melenyapkan IM di Mesir yang diyakini akan menjadi batu penghalang kepadanya.

Yang terkini, seramai 529 orang dan mungkin akan lebih ramai lagi akan menerima nasib yang sama iaitu hukuman mati yang akan dijatuhkan oleh Kerajaan Haram Mesir ke atas mereka. Sehinggakan ada yang tidak bersalah pun akan menerima hukuman bunuh. Doktor, peguam antara yang termasuk dalam 529 orang yang dihukum bunuh. Sehingga entri ini ditulis, hukuman belum dijalankan walaupun sudah dijatuhkan. Ditangguhkan sementara waktu.

Dan sehingga kini juga, Presiden Mursi tidak diketahui keadaannya. Sungguh hebat dugaan yang dikenakan terhadapnya.

Apa yang boleh dilakukan oleh kita sekarang adalah mendoakan agar Allah s.w.t membinasakan mereka – mereka yang menjalankan perancangan jahat menggulingkan Presiden Mesir yang SAH yang juga bersekongkol dengan Israel laknatullah. Doa adalah senjata yang paling ampuh buat orang Mukmin. Kita tidak mungkin akan ke sana untuk berjihad, berperang melawan musuh, tetapi cukuplah menadahkan tangan, memanjatkan doa agar Allah s.w.t memberi kekuatan dan keselamatan kepada mereka yang dizalimi dan menghancurkan mereka yang zalim.

Selain itu, penyebaran maklumat kepada rakyat melalui pelbagai cara sama ada melalui media massa: cetak atau elektronik, ceramah atau sebagainya perlulah digerakkan agar rakyat mendapat maklumat yang sebenar tentang perkara ini dan dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang isu yang berlaku.

Kerajaan Malaysia juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mendepani isu ini. Kecaman, memanggil duta pulang, tidak mengiktiraf kerajaan Haram Mesir kini antara perkara yang boleh dan perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dalam isu ini. pihak – pihak lain juga seperti Liga Arab, PBB, OIC dan sebagainya perlu memberikan reaksi mereka berhubung isu ini. jangan hanya melaungkan slogan semata – mata tetapi bila berdepan dengan isu ini membisu seribu bahasa.

Ingatlah bahawa, kebenaran PASTI akan menang jua akhirnya. Dan kita hendaklah percaya dan yakin bahawa Allah s.w.t akan menjaga agamaNya dari orang – orang yang zalim. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan