Gambar kilang Flextronics P3 Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini. Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai. Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang d...
Panel Temuduga: Majlis Tertinggi (MT) Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011. Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin & Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan. Pengalaman sebagai Panel Penemu duga d...
Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain... Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. Iklan dia kat bawah ni.... Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant -Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023 ...
sambut harijadi sekali dengan ibu la ni
BalasPadamtak jugakkk... sambut sendiri je.. saya hadiahkan diri sendiri jam
BalasPadamsalam, 3MEI ke birthday ko, birthday aku 5mei, hehehe,
BalasPadamSelamat hari lahir, semoga kamu diberkati ALLAH