Hudud: Bukan Isu Politik!



Assalamualaikum kepada semua rakan yang masih lagi aktif berblog ataupun yang tidak aktif, semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Entri kali akan menampilkan pandangan peribadi penulis dalam membicarakan Hukuman Hudud yang menjadi isu yang terhangat ketika ini.

Hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa Rang Undang – Undang Persendirian ke Parlimen bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan tahun 1993 atau Hukuman Hudud di negeri tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada ahli politik, NGO dan masyarakat. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan perkara ini.

Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud.

[Petikan Kenyataan Media MB Kelantan]

Suka diingatkan bahawa ini adalah salah satu AMANAH yang perlu dijalankan oleh PEMIMPIN MUSLIM bila mendapat kuasa pemerintahan tanpa mengira apa nama parti sekalipun. Asalkan pemimpin itu seorang Muslim Mukmin, maka menjadi tanggungjawabnya untuk dengan sedaya upaya melaksanakan salah satu daripada perintah Allah s.w.t itu. Sebab itu, dalam hal ini, tidak ada Hudud PAS atau Hudud UMNO. Cuma masyarakat yang "mengelaskannya".

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih", Al Baqarah, 178

Hukuman ini adalah dari Allah s.w.t, Tuhan yang mencipta sekalian alam. semua orang Islam, tak kira fahaman apa sekalipun WAJIB menyokong dan mendukung perkara ini sehingga ia boleh dilaksanakan.

Ada yang berkata “DAP tak setuju” dengan pelaksanaan hukuman ini. Itu tidak menjadi masalah kerana mereka adalah BUKAN ISLAM. Tak kisahlah sama ada mereka menerima atau tidak. Yang penting sekarang, Melayu Islam yang wajib menerimanya. Sebab itulah, penerangan dan penjelasan secara terperinci tentang keindahan hukuman ini perlu dilaksanakan kepada semua rakyat sama ada ISLAM dan BUKAN ISLAM.

Dan alangkah indahnya andai penjelasan itu boleh dibuat dalam STESEN TELEVISYEN dan RADIO, yang mempunyai jutaan penonton dan pendengar.

Marilah sama – sama kita menyokong pelaksanaan hukuman ini agar tidak ditanya oleh Allah s.w.t nanti. Buangkan seketika ideologi politik masing – masing demi melihat tertegaknya Undang – Undang Allah di Kelantan dan Malaysia suatu masa nanti.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan