Hadiah untuk kalian: Ruhill & Faizal/ Ina & Ikhwan



Burung tempua hinggap merata,
Sayang Merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata
Awal Bismillah pembuka bicara.

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan,
Maaf tak dapat penuhi undangan,
Semoga bahagia kedua pasangan,
Kekal dunia akhirat mudah - mudahan.

Dua kad jemputan di atas adalah merupakan jemputan walimah dua orang sahabat saya yang telah berlangsung pada Ahad, 23 Mac 2014 yang lalu di Batu Pahat, Johor dan yang akan berlangsung pada Ahad, 6 April 2014 di Kulim, Kedah. Both of them are among of my best friends. There are lots of my best friends are waiting in sending their weeding card I think soon. Diri sendiri "NO COMMENT FOR NOW". Ha3

Kedua – dua majlis tu memang saya berhajat benar untuk hadir. Selain memenuhi undangan pasangan, boleh juga “makan angin” negeri orang lain selain boleh kenal dengan adat budaya masyarakat setempat. Bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Namun, impian kekal mimpi. Saya tak dapat memenuhi kedua – dua undangan sahabat saya ini. Dek kerana kekangan jarak dan kewangan yang menghalang niat itu. Jauh tu Johor dan Kedah dari Kelantan. Mau berapa jam kalau naik bas……

Alhamdulillah, mereka memahami keadaan semasa saya yang masih belum bekerja dan tak dapat hadir dalam majlis tu. Tapi kalau berada di Shah Alam, insyallah boleh pergi dengan kawan – kawan yang lain. Sebab ramai sahabat saya berada dan bekerja di Shah Alam.

Apa pun, insyallah kami akan berjumpa semula bulan Mei nanti walaupun hanya seketika. persahabatan yang dibina ini akan kekal selamanya. Saya doakan mereka bahagia dunia akhirat bersama pasangan dan di kurnia anak soleh dan solehah.

Walaupun tak pergi, hadiah yang tak seberapa ini mewakili diriku. Hadiah buku ni saya hadiahkan bagi menyahut seruan Ustaz Mohd Kazim Elias yang mencadangkan agar diberikan buku atau VCD agama kepada pasangan pengantin. Asyik – asyik pinggan dan gelas je. Ubah cara sekali. 

Semoga bermanfaat buat kalian berdua. Hanya ini je yang saya mampu berikan kepada kalian :)

Ku tanam – tanam padi seladang,
Malang nasibku lalang yang jadi,
Andai ada masa terluang,
Salam hormat berjumpa lagi.


Hadiah buat kalian berdua. Moga menjadi Isteri Solehah

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan