Media sosial: Keperluan vs Kehendak
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera buat semua rakan. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat
sejahtera hendaknya. Entri hari ini adalah pandangan penulis berkaitan dengan
media sosial.
Kalau ingin berbicara tentang
media sosial, memang tak habis dalam masa satu dua hari. Pelbagai jenis media
sosial yang muncul mutakhir ini seumpama cendawan tumbuh selepas hujan. Seingat
saya, kalau dahulu media sosial yang popular seperti Friendster, MyRakan antara
yang menjadi tumpuan para remaja.
Selain yang disenaraikan di
atas, yang mungkin sudah menjadi sejarah masa lalu, pelbagai lagi jenis media
sosial yang wujud menggantikan mereka. Twoo, Google+, Blog, Twitter, Facebook,
Line, WeChat, Whatsapp, Instagram antara produk perkhidmatan yang semakin popular dan
mendapat tempat dalam kalangan remaja dan masyarakat masa kini.
Pelbagai ciri yang memudahkan
perhubungan yang ditawarkan oleh pengendali perkhidmatan yang menyebabkan
produk mereka mendapat tempat dihati pengguna. Tak perlulah saya huraikan
apakah kebaikan atau fungsi media sosial yang dinyatakan. Rasanya, rakan –
rakan lebih arif dari saya dalam hal ini.
Persoalan sekarang, adakah ia
suatu Keperluan atau Kehendak?
Jawapan kepada soalan di atas
ada dalam diri masing – masing. Ada yang mengatakan ia merupakan suatu
keperluan yang mesti ada dalam kehidupan dan ada juga yang menyatakan ia suatu
kehendak, ada atau tak ada tidak menjadi masalah. Sehingga kini, saya hanya ada
Facebook, Google+, Blog dan Twitter sebagai media sosial yang saya gunakan
untuk berkomunikasi atau berkarya. Tapi, yang paling aktif adalah Facebook dan
Blog, walaupun jarang – jarang.
Ada beberapa orang rakan saya
yang tanya “ko tak ada ke Whatsapp?”. Saya jawab selamba je “tak ada lagi”.
Untuk masa ini, saya fikir tak perlulah untuk ada media sosial yang lain
seperti WeChat atau Whatsapp, mungkin suatu hari nanti. Cukuplah dengan apa
yang ada. Kalau ada banyak tapi tak aktif, tak ada gunanya. Banyak perkara yang
saya fikir lebih mendesak untuk dibuat masa ini. Insyallah, bila keadaan
“memerlukan dan mengizinkan”, saya akan lebih bersedia untuk menerimanya.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS