Bola Sepak: Antara Suka vs Duka


Assalamualaikum pada semua rakan blogger yang masih aktif berblog dan juga yang tidak lagi aktif dalam berblog ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. hari ini tajuk yang dipilih untuk dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan sukan Bola Sepak yang menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat samada dalam negara atau luar negara.

Saya lebih fokuskan kepada bola sepak dalam negara. Dan tentunya pasukan yang menjadi tumpuan entri saya adalah Kelantan, The Red Warriors (TRW). walaupun saya bukanlah peminat tegar sukan ini ataupun diehard fan, namun coretan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi saya secara langsung atau tidak langsung dalam sukan ini. Mungkin ada yang benar dan mungkin ada yang salah. Namun, catatan ini adalah luahan dan muhasabah diri kita semua.

Dalam apa jua perlawanan bola sepak yang disertai oleh TRW sama ada Liga Super atau AFC, memang menjadi matlamat utama pasukan dan pemain adalah untuk memenangi kesemua perlawanan yang disertai. Ini yang menjadi lumrah bagi semua pasukan bola sepak, tidak terkecuali Kelantan. Sifirnya amat mudah, kalau menang dipuji dan kalau kalah, dikeji. Memanglah tidak hanya menjadi harapan para penyokong sahaja, tetapi kalau boleh setiap pasukan berkehendakkan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Kita kena ingat bahawa, adat permainan ada yang menang, ada yang kalah dan ada juga yang seri. Janganlah dikutuk sangat bila dikeji. Cubalah dihargai pengorbanan dan usaha keras mereka berjuang hingga ke wisel penamat dibunyikan oleh pengadil. saya sebagai penonton pun bila lihat perlawanan, memang terasa letih dan penat, walaupun kita hanya menonton. Ini kan pula mereka yang bermain selama 90 minit dalam padang itu.

Harus diingati bahawa untuk mendapatkan kejayaan itu sukar, tetapi untuk mempertahankan kemenangan yang telah diperoleh amat payah. mungkin ada hikmah yang tersurat yang Allah s.w.t sembunyikan apabila sesebuah pasukan itu menang atau kalah. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Memang, secara peribadi pun saya rasa ada perlawanan yang TRW patut menang besar dengan percubaan yang banyak dihasilkan ke gol lawan. namun, mesti diingat juga kepada Allah yang merancang segala-galanya. Dia yang menentukan Qada’ dan Qadar sesuatu perkara. Jangan sampai kita menyalahi qada’ qadar yang ditentukan, sebagai muslim.

walau apa pun, perjuangan mesti diteruskan. Kalah menang adat permainan. Terima kekalahan dengan hati yang terbuka, baiki segala kesilapan dan kelemahan pasukan, kuatkan barisan pertahanan, dan usaha lagi dalam perlawanan seterusnya. Kegagalan yang diterima tidak harus dijadikan pematah semangat dalam perjuangan. bangkitlah TRW! Kami sentiasa bersamamu.

GOMOK ELATE GOMO
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan