Kerana Nila Setitik…
Assalamualaikum W.B.T
Semoga semua pembaca
blog ini berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan dapat berkongsi
pandangan dengan saya dalam blog ini.
Pernah dengar pepatah
“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Pepatah ini amat sesuai dengan apa
yang nak dikongsikan pada entri kali ini tentang kebocoran kertas Peperiksaan
UPSR tahun 2014. Amat mengejutkan semua pihak khususnya mereka yang berada dalam
bidang pendidikan apabila kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan Sains didapati
dibocorkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai pihak mendesak
agar dikenakan tindakan yang keras terhadap mereka yang didapati membocorkan
kertas peperiksaan tersebut.
Disebabkan oleh perbuatan yang tidak amanah dan
tidak bertanggungjawab oleh beberapa orang itu, menyebabkan semua guru
terkesan. Umpama seekor kerbau membawa lumpur, habis terkena lumpur semuanya…
Sama lah jugak dengan
mereka yang terlibat dalam badan beruniform. Tak semua yang berperangai buruk.
Tapi bila ada dua tiga orang yang buat “kacau”, semua akan jadi buruk jugak.
Persepsi masyarakat terhadap sesuatu organisasi akan jadi serong disebabkan
oleh perbuatan dua tiga orang yang “kurang baik” dalam menjalankan tugas.
Mungkin sudah tiba
saatnya untuk pihak yang berwajib menggunakan pendekatan agama dalam memilih
mereka yang benar – benar layak untuk menduduki sesuatu jawatan, sama ada jawatan
tinggi atau bawahan selain pelbagai cara lain yang telah dilakukan. Rasuah
suatu dosa besar mungkin boleh dijadikan tagline disetiap jabatan untuk
memerangi rasuah.
Saya ada terfikir jugak
“apa yang dia dapat bila bocorkan soalan tu ye?. Ada beberapa jawapan yang
terlintas dalam benak fikiran saya. Mungkin ada anaknya yang menduduki
peperiksaan, atau nak mencemarkan nama baik kementerian atau apa – apa niat
tersembunyi yang hanya dia dan Allah s.w.t sahaja mengetahui.
Apa pun, saya juga
ingin mendesak dan meminta kepada pihak berwajib agar menyiasat dan menjatuhkan
hukuman yang setimpal kepada pesalah yang melakukan kesalahan ini agar pisang
tidak berbuah dua kali. Walaupun tidak mewakili mana – mana pertubuhan, namun
sokongan ini amat penting dalam memastikan perbuatan ini tidak berlaku lagi
masa hadapan dan pesalah dapat dikenakan tindakan sewajarnya nanti.
Terkini: 10 orang telah ditahan untuk disiasat berhubung kebocoran Kertas Soalan UPSR.
Moga cepat diselesaikan...
Terkini: 10 orang telah ditahan untuk disiasat berhubung kebocoran Kertas Soalan UPSR.
Moga cepat diselesaikan...
salam...
BalasPadamjangan tak tahu ada juga manusia yang saya jumpa mengatakan..."alah....budak-budak sekarang yang dapat 5A upsr pon semua bukan boleh percaya sangat......menipu je tue..." mengucap panjang saya sebab ada juga orang yang berotak udang yang sesuka hati dia je buat statement tak berasas ditepi telinga saya.....
badan sahaja besar gajah umur dah boleh mengundi...tapi tulah masih tak matang dalam mengemuka pandangan.....
sekadar meluah rasa terpendam.....