Kes Buli: Salah Siapa?
Kes Buli menjadi bualan hangat pelbagai
peringkat masyarakat dan juga dalam media massa susulan kes buli yang terbaru
berlaku dalam negara kita beberapa minggu yang lalu. Kes Buli yang melibatkan
pelajar sekolah rendah (pelajar senior dan junior).
Mungkin sudah menjadi trend atau perkara
biasa mutakhir ini apabila dilakukan apa – apa perkara, mesti nak upload dalam
Youtube atau Facebook atau media sosial yang lain – lain. Seolah – olah ingin
menunjukkan kepada dunia bahawa dia lah yang paling hebat sekarang ini. Seperti
kes yang berlaku, rakaman kes buli dimuat naik dalam Youtube yang boleh
ditonton oleh orang ramai bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia!.
Persoalannya sekarang, kenapa kes seperti
ini berlaku? Apa puncanya? Semua ini menjadi persoalan yang perlu diambil
perhatian oleh semua pihak bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku.
Saya bukanlah orang yang sesuai untuk
mengulas isu ini. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis. Mungkin
berbeza pandangan dengan orang lain. Sekadar memberi cadangan atau nasihat
sahaja.
Pengaruh Rakan Sebaya
Mungkin ini salah satu sebab kenapa kes ini
berlaku. Atas desakan kawan yang lain, yang segeng dengannya, buli boleh
berlaku. Yang senior paksa pelajar junior buli rakan lain.
Pengaruh Filem
Filem juga dikatakan memainkan peranan yang
penting dalam membentuk peribadi masyarakat sekitar. Sebabnya filem merupakan
naskhah yang berlaku dalam masyarakat, Cuma difilemkan. Mungkin pengaruh filem
gengster menjadi inspirasi kepada pelajar untuk melakukan kes buli ini.
Balas Pendendam
Mereka yang pernah dibuli mungkin cenderung
untuk membuli orang lain. Sifat balas dendam ada dalam diri mungkin menjadi
pendorong berlakunya kes ini.
Pihak berkaitan perlu duduk semeja bagi mancari jalan menyelesaikan masalah ini.
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS