Rotan Anak Kena Hukum???
SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu
kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak
2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan,
diluluskan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam
peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu
dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai
Hak Kanak-Kanak (CRC).
“Walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya
masyarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang
serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul
Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak
di Sweden pada tahun lalu,”.
Setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta
Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara
maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana
mendera atau mengabaikan anak.
Hukuman itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan
itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani
khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang
didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.
“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga
kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik
anak mereka,” katanya.
Ulasan Serai Kayu
Jika dilihat sekali imbas, memang nampak menarik dan boleh dilaksanakan.
Anak - anak akan terbela dan tidak diperlakukan sesuka hati. Tetapi, jika
dikaji dengan menyeluruh, mungkin banyak perkara yang perlu dan mesti ditambah
baik dalam pengenalan akta baru tersebut.
Dah banyak pihak samada dari ahli politik, NGO, dan pelbagai
pihak mencadangkan agar diperhalusi secara mendalam dan terperinci akan hal
ini. Perlu juga diambil kira hak Ibu Bapa dalam merotan anak - anak yang tidak
mahu solat bila umur mereka 10 tahun dan mengajar ke arah kebaikan. Adakala
perlu guna rotan sebagai suatu psikologi yang terbaik dalam mendidik anak -
anak selain nasihat lisan. Adakah ini juga dikira suatu jenayah?
Seeloknya, pihak berkenaan dapatkan pandangan Para Mufti
dalam hal ini agar tidak dilihat terlalu mengikut pandangan Konvensyen Mengenai
Hak Kanak-Kanak (CRC) sahaja dan "meminggirkan" hak Ibu Bapa mendidik
anak mereka dalam Islam.
Perlu diberi penjelasan yang terbaik kepada semua pihak agar
isu ini tidak berpanjangan dan menguntungkan kedua - dua pihak.
# Sekadar Pandangan Peribadi Penulis.
# Utamakan Islam, Kemudiankan Yang Lain.
Sumber Artikel & Gambar:
Artikel: Utusan Online
Gambar: Berita Harian
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS