Jom Ke Sekolah

Sebahagian Buku Teks Darjah 5
Semalam,  [Ahad, 11 Januari 2015] merupakan hari persekolahan pertama bagi pelajar - pelajar bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor memulakan persekolahan setelah ditangguhkan dari tarikh awal persekolahan 2015 pada 4 Januari 2015 yang lalu ekoran bencana banjir yang menimpa negeri - negeri yang terjejas banjir.

Hari ini [Isnin, 12 Januari 2015[ pula merupakan permulaan persekolahan bagi negeri - negeri lain setelah ditunda dari tarikh persekolahan awal pada 5 Januari 2015 yang lalu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memaklumkan bahawa sehingga 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid.
Setelah mendapat persetujuan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, maka KPM dengan ini memaklumkan bahawa sejumlah 41 buah sekolah iaitu 4 buah di negeri Kelantan, 18 buah di negeri Pahang dan 19 buah di negeri Perak akan ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 selama seminggu lagi. Dengan penundaan ini, maka tarikh baru permulaan sesi persekolahan di sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:

Bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Kelantan, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 18 Januari 2015 (Ahad) manakala bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Perak dan Pahang,  tarikh  permulaan sesi  persekolahan adalah pada 19 Januari 2015 (Isnin).
Penundaan ini akan melibatkan sejumlah 5 hari persekolahan pada 11 hingga 15 Januari 2015 (Kelantan) dan pada 12 hingga 16 Januari 2015 (Perak dan Pahang). KPM juga memaklumkan bahawa jumlah 5 hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan.

Mungkin ada dalam kalangan pelajar - pelajar yang memulakan persekolahan dengan suasana yang agak tidak selesa dengan segala peralatan dan bahan pembelajaran yang musnah akibat banjir baru - baru ini di beberapa buah negeri. Saya doakan agar semuanya berjalan lancar dan para guru serta murid - murid lebih bersemangat untuk belajar walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

# Persekolahan Tahun 2015
# Moga Allah kurniakan Hikmah kepada kita semua

SumberMakluman KPM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan