Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi

Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi
[Pandangan Mahasiswa sebelum GST]

Isu Pelajar Lapar menjadi viral dalam laman sosial disebabkan oleh seorang pelajar salah sebuah Universiti Awam (UA) yang diberitakan sakit kerana tidak makan, dek kerana kekurangan duit belanja di universiti dan kenaikan kos hidup ketika belajar.

Kebenaran tentang isu ini memang benar – benar terjadi kerana ada suatu kajian yang telah dilakukan oleh pihak tertentu tentang isu ini. Keputusannya amat mengejutkan kerana sebilangan besar responden yang ditemu bual dalam kajian itu mengakui mereka memang “berlapar” di UA yang terlibat dalam kajian tersebut.

Antara sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup pasca GST dan juga sikap pelajar itu sendiri. Itu antara sebab utama yang penulis lihat yang menjadi punca kepada permasalahan ini selain isu kemiskinan pelajar yang belajar di UA atau Universiti Swasta di negara ini.

Ada beberapa cadangan yang penulis rasa boleh diaplikasikan oleh pihak – pihak terlibat. Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju. Anda bebas untuk tidak bersetuju dalam perkara ini. 

Yang paling utama dalam masalah ini adalah inisiatif yang dilakukan oleh pelajar sendiri untuk mengatasi masalah ini. Antara yang boleh dilakukan adalah:

1. Aktifkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak persatuan atau universiti.

Sepanjang penulis berada di UiTM Puncak Perdana selama 3 tahun yang lalu, memang banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Kolej, Persatuan dan pihak Universiti. Ada juga program yang dianjurkan oleh pihak luar seperti surau di kawasan perumahan tempat saya belajar dahulu. Kebiasaannya, banyak aktiviti yang dijalankan ada disediakan makanan sebagai daya tarikan utama untuk pelajar menyertai program selain diberikan juga kupon aktiviti pelajar untuk permohonan kolej semester seterusnya.

Yang menjadi masalah adalah ramai pelajar yang tidak berminat untuk join program. Paling ketara adalah pelajar lelaki yang sangat kurang menyertai program yang dianjurkan berbanding dengan pelajar perempuan. Kebanyakan mahasiswa hanya berulang alik dari ASRAMgA ke TEMPAT PENGAJIAN dan ke TEMPAT MAKAN. Jadi kepada mahasiswa yang menghadapi masalah kurang duit belanja, boleh aktifkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Cemerlang akademik tidak menjamin kebolehpasaran bekerja.

2. Mohon Zakat atau bantuan yang disediakan oleh pihak universiti.

Ramai mahasiswa yang tidak mengetahui adanya pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak universiti. Sudah tiba masanya para pelajar yang mengambil inisiatif sendiri untuk mencari maklumat tentang bantuan yang disediakan dan memohon bantuan tersebut sekiranya menepati syarat - syarat yang ditetapkan.

Jangan hanya mengharapkan pihak - pihak tertentu dalam universiti yang "menyuap" maklumat tersebuat kepada kita.

3. Puasa Sunat

Ini juga antara langkah yang boleh diambil dalam mengatasi kekurangan perbelanjaan di universiti. Selain beroleh pahala, aktiviti ini juga nyata boleh memberikan kesihatan yang baik buat mereka yang mengamalkannya.

4. Amalkan Perbelanjaan Berhemat

Perlu dibezakan antara Barangan KEPERLUAN dan Barangan yang menjadi KEHENDAK. Kenalpasti yang mana keutamaan kita di universiti. Utamakan keperluan yang mesti dahulu sebelum difikirkan tentang barangan yang menjadi kehendak diri sendiri. 

Insyallah, dengan mengamalkan beberapa cadangan ini boleh mengurangkan perbelanjaan di universiti bagi mereka yang tidak berkemampuan.

# Cemerlang Akademik, Cemerlang Akhirat
# Mahasiswa Tonggak Negara 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan