Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

7 Pesanan Nabi s.a.w

Imej
Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan 7 Pesanan Nabi s.a.w Pesanan Nabi kepada Abu Zar al Ghiffari 1. Sayangi, ambil peduli akan orang miskin, perendahkan diri bila bersama dengan mereka walaupun kita kaya. 2. Banyakkan perhati orang yang berada bawah (kurang) pada kamu, bukan orang yang berada diatas (lebih), hati akan tenang.  3. Jangan belajar minta daripada sesiapa pun, apa perkara pun walaupun kecil. #Kalau banyak meminta, akan suka meminta sampai mati. 4. Hubungkan silaturrahim. 5. Tolong bercakap benar walaupun perkara itu pahit. 6. Bila buat perkara yang Islam suruh, jangan hiraukan kritikan orang lain. 7. Banyakkan menyebut perkataan La Haula Wala Quwwata Illa Billah .....  

Fattabiouni: Adab dan Sunnah dalam Bermusafir

Imej
1. Tujuan perjalanan adalah baik dan betul. 2. Solat 2 rakaat di rumah sebelum keluar bermusafir. 3. Sunnah Nabi s.a.w adalah Baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Baginda bersabda “ Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan”. 4. Bawalah sebuah beg kecil yang diisi dengan barangan keperluan diri seperti: # Berus Gigi # Cermin Kecil # Sikat 5. Ucapkanlah Selamat Tinggal kepada keluarga dengan memohon penjagaan dari Allah s.w.t. 6. Apabila keluar dari rumah, sunat membaca Bismillah Hirrahma Nirrahim. 7. Bacalah Doa Musafir dan Doa Naik Kenderaan agar perjalanan selamat. 8. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar melantik seorang menjadi ketua. 9. Sunat Bertakbir ketika pada Paras Ketinggian dan Bertasbih ketika turun ke Paras Rendah. Contoh: Naik Kapal Terbang, Turun Kapal Terbang Naik Bukit, Turun Bukit 10. Apabila masuk Kampung/Pekan/Bandar, sunat ...

Wasiat Untuk Anak - Anak

Imej
WhatApps kpd anak anak ...wasiat sebelum kita menjadi saperti Quran yg usang.... . . 👪Anakku... Bila aku tua, Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan, Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku, Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit. Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku. 😔Anakku... Bila aku tua, Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan, Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,  "mak pekak ke?", "mak bisu ke? " "tak dengar ker??".. Aku minta maaf anakku. Aku semakin MENUA... 😟Anakku... Bila aku tua, Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang, Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,  Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA. Kamu akan mengerti nanti bila ka...

Fattabiouni: Sunnah Berkaitan Makan & Minum

Imej
SUNNAH BERKAITAN MAKAN & MINUM 1. Allah s.w.t menegah dari pembaziran dan makan makanan  2. Basuh tangan sebelum makan adalah sunnah Nabi. 3. Duduk dengan sopan dihadapan makanan (Duduk Iftirasy) 4. Membaca Bismillah 5. Makan dengan Tangan Kanan 6. Ambillah makanan yang paling dekat 7. Nabi s.a.w tidak makan makanan terlalu pedas 8. Melicinkan pinggan adalah sunnah NAbi s.a.w 9. Menjilat - jilat jari selepas makan 10. Nabi sukakan makanan manis 11. Puji Allah setelah selesai makan 12. Selepas makan, disunatkan membasuh tangan dan berkumur

1MET 2015: Unleash Your Potential (Throwback)

Imej
Pada 13 – 14 November 2015 yang lalu, saya telah menyertai program 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) 3.0 yang telah diadakan di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan. Program selama 2 hari itu adalah suatu program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk berkongsi tentang ilmu keusahawanan kepada peserta yang terlibat. Dianggarkan sekitar 200 orang peserta yang telah menyertai bootcamp ini. Ada kalangan peserta yang sudah mempunyai perniagaan dan ada jugak yang sekadar untuk menimba ilmu tentang keusahawanan semata – mata. Dalam program yang berlangsung selama 2 hari tersebut, kami didedahkan tentang pelbagai ilmu untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya. Cuma ada beberapa saranan yang boleh dilakukan oleh pihak penganjur dalam memastikan program ini mendapat manfaat kepada golongan sasaran. 1. Saya perhatikan peserta yang menyertai program berkenaan terdiri dari 2 kelompok yang berbeza. Satu kumpulan yang SUDAH MEMPUNYAI P...

Isu Rokok Elektonik

Imej
Mutakhir ini, Isu Rokok Elektronik atau Vaping menjadi bahan bualan dan bahan perbincangan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai media dalam negara kita. Saya bukanlah seorang perokok atau seorang vaper untuk mengulas isu ini. Cuma, pendapat ini dicoretkan sebagai pandangan peribadi penulis sahaja. Mungkin ada yang bersetuju, dan mungkin sebaliknya. Saya pernah mengulas tentang isu e-cigarettes dalam entri blog ini beberapa tahun yang lampau. Saya ada pengalaman bersama dengan seorang rakan semasa belajar di UiTM dulu. Suatu malam, kami bersama beberapa rakan yang lain ke Uptown Shah Alam, Selangor. Saja jalan – jalan hilangkan stress belajar. Entahlah, tanpa dirancang, kawan saya ni nak beli rokok elektronik yang secara kebetulan memang berlambak dijual di Uptown tersebut. Seingat saya, rokok itu dijual satu set ada 2 batang. Kawan saya beli sebatang dengan harga lebih kurang RM 80.00, berkongsi dengan seorang pembeli yang kebetulan nak beli jugak. Memang rokok tu ada per...

Kacau Bubur Asyura 2015 (Throwback)

Imej
Pada 31 Oktober 2015 yang lalu, Madrasah (Balaisah) Kampung Chengal Pulas telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura secara bergotong royong yang diadakan di sekitar madrasah. Seingat saya, ini kali pertama kami buat Bubur Asyura di surau. Dan program ini adalah antar program yang terbesar pernah dijalankan di madrasah kami. Perancangan awal nak buat 2 kawah sahaja. Tetapi, bila fikir – fikir balik takut tak cukup, tambah lagi 1 kawah, menjadikan keseluruhan 3 kawah Bubur Asyura yang dimasak hari berkenaan. 2 kawah asyura daging dan satu kawah asyura kosong (tanpa daging). Memang kalau nak diikutkan, kacau asyura ni memakan masa yang lama. Masa kami buat dulu, mula kacau asyura (hidupkan api) jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 6 petang. Sekitar 10 jam nak siapkan 3 kawah Bubur Asyura. Yang paling gembira bila buat gotong-royong ni adalah kerjasama dari semua pihak yang menjayakan program. Ada yang bagi sumbangan duit, ada yang bagi sumbangan bahan mentah dan j...

Koleksi Simple Sunnah Nabi s.a.w

Imej
Koleksi Simple Sunnah 1-16 Simple Sunnah#1 1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan. 2.Tutup Kepala bila masuk tandas. Simple Sunnah#2 1.Kibaskan Tempat tidur 2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan. 3.Kepala menghadap kiblat. 4.Baca doa tidur. Simple Sunnah#3 1.Minum dengan tangan kanan. 2.Minum dalam keadaan duduk. 3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah. Simple Sunnah#4 1. Datang awal ke masjid 2. Berjalan kaki ke masjid jika dekat dan berkemampuan. 3. Berwuduk dari Rumah. 4. Baca doa masuk dan keluar masjid. Simple Sunnah#5 1. Masuk tandas pakai alas kaki. 2. Buang air dalam keadaan duduk. 3. Masuk tandas tidak boleh lama - lama. 4. Jangan makan dan minum dalam Tandas. Simple Sunnah#6 1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur. 2.Kemas tempat tidur. 3.Bersihkan diri. Simple Sunnah#7 1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri. 2. Jika ada sampah dalam masjid kut...

Jemput Pisang Bakar

Imej
Hari ni rasa nak update entri pasal masakan pulak. Sebab tak ada lagi entri lain yang hendak dipostkan dalam blog ini buat masa sekarang. Yang ni pun ok lah rasanya bagi mengelakkan blog ini dari bersawang sebab lama tak update.  Resepi kali ini sebenarnya Jemput Pisang atau Cekodok Pisang. Kebiasaannya saya goreng je Cekodok ni. Tapi, kali ni nak buat kelainan sikit. Bakar dengan daun pisang.  Alkisahnya, ada tengok rancangan masakan di TV1 baru - baru ni. Tak ingat apa nama resepinya. Tapi, bahan - bahan yang digunakan dan proses sama dengan apa yang saya buat lah.. Bahan - bahan: Pisang yang dilecek halus (tidak kisah jenis pisang dan kuantiti ikut suka) Tepung gandum (secukupnya) Gula Garam Daun Pisang Muda (lap dengan tisu atau kain basah) Cara - cara membuatnya: 1. Lecekkan pisang sehingga halus 2. Masukkan garam dan gula secukup rasa 3. Masukkan tepung gandum 4. Gaulkan bersama sehingga sebati 5. Ambil daun pisang dan leta...

Isu Perkahwinan: Berpahala tapi Berdosa

Imej
Isu Perkahwinan salah satu daripada isu yang evergreen selain daripada isu politik, yang selalu disebut dan dibincangkan oleh pelbagai kalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Sebab perkahwinan dijalankan oleh masyarakat di Malaysia mengikut agama dan adat masing - masing. Untuk tulisan kali ini, penulis akan memfokuskan tentang Perkahwinan Orang Melayu sahaja.  Tulisan ini berdasarkan pembacaan, pengalaman dan sedikit ilmu dari kuliah - kuliah yang penulis hadiri dan juga melalui ustaz - ustaz di youtube yang mengupas isu perkahwinan ini. Semoga tulisan yang tidak seberapa ini bermanfaat buat semua yang membaca dan sebagai salah satu amal jariah penulis kelak. Amin... Bila sebut pasal kawin, semua orang nak berkahwin. Samada kahwin lagi atau baru pertama kali nak berkahwin. Dan tentunya setiap pasangan yang ingin berkahwin itu mempunyai tema atau konsep perkahwinan yang diingini. Konsep dalam taman, konsep perkahwinan ala tradisional, konsep perkahwinan barat dan pe...

Kisah Pencari Kerja

Imej
1. Isu Pencarian Kerja ni memang menjadi suatu perkara yang dibincangkan dalam kalangan mahasiswa/wi yang baru bergraduan atau yang "berstatus penganggur" dari IPTA/IPTS samada dari dalam negara atau luar negara. 2. Ada orang kata "Jangan memilih kerja", "Kerja je apa - apa pun, janji dapat kerja". Ini antara kenyataan dari orang ramai lah bila berjumpa atau berbual - bual dengan mereka yang belum bekerja atau belum dapat kerja. Ada pro dan cont lah dalam kenyataan tu. Nanti kalau berborak dengan mereka yang berkenaan akan tahu lah jawapannya... 3. Perkongsian tulisan pandangan peribadi saya dah banyak ditulis dalam blog ni berkenaan dengan cari kerja ni. Salah satu yang saya bangkitkan adalah tentang umur persaraan penjawat awam. Secara kasarnya, kalau boleh dihadkan untuk umur persaraan wajib sekitar 55 tahun sahaja dan mungkin boleh dilanjutkan sehingga umur 60 tahun untuk jawatan kritikal yang memerlukan kepakaran tertentu sahaja. 4. Ka...

Mencari Agama Di Kota...

Imej
Kuliah Agama atau apa sahaja nama yang digunakan untuk merujuk kepada Pengajian Agama memang menjadi suatu fenomena anak muda masa sekarang. Mana tak nya, kalau kuliah agama di bandar - bandar besar didominasi oleh golongan anak - anak muda yang dahagakan ilmu agama. Kalau diingat dahulu, Pengajian Agama dahulu aktif di kawasan luar bandar atau kawasan kampung. Tapi sekarang, rasanya dah terbalik pulak. Di kawasan bandar pula yang lebih meriah dengan pengajian agama berbanding dengan kawasan kampung. Ini pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman sendiri lah tanpa melalui kajian yang teliti. Kalau diikuti dalam media massa seperti Facebook dan Youtube, memang banyak ceramah atau kuliah agama yang diupload. Kalau dulu, nak cari kelas agama atau pengajian agama, kena pergi ke kampung atau kawasan luar bandar. Tapi kalau sekarang, kawasan bandar lagi meriah dengan pengajian agama. Masjid - masjid dan surau meriah dengan pelbagai jenis pengajian agama yang diadakan secar...

Kerana Aku Orang Kelantan?

Imej
Setiap negeri yang berada dalam Malaysia mempunyai keunikan dan kelebihan masing - masing. Bukan sahaja setiap negeri dengan negeri yang lain, malahan setiap daerah dalam negeri pun ada mempunyai perbezaan dan keunikan masing - masing. Samalah juga dengan Negeri Kelantan yang semua sedia maklum bahawa Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang ini, mempunyai seribu satu keunikan yang tersendiri yang saya pasti semua sudah maklum akan hal ini. Cuma, untuk entri kali ini, Insyallah saya akan nukilkan beberapa perbezaan atau keunikan yang ada di negeri ini yang berbeza dengan negeri lain. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja. Mungkin pandangan pembaca tidak sama dengan saya. Dan mungkin ada perkara yang tidak disentuh dalam tulisan kali ini. Laras Bahasa / Loghat Yang Berbeza Antara keunikan yang paling ketara bagi kami ore kelate adalah berbeza bahasa pertuturan dengan negeri lain. Saya ada ramai kawan dari negeri - negeri luar Kelanta...

Iklim Politik Panas Membahang

Imej
Mutakhir ini, Iklim Politik di Malaysia semakin panas sesuai dengan cuaca semasa di Malaysia yang panas memanjang. Samalah juga dengan "suasana politik" yang semua orang sedia maklum akan kepanasannya.. Kedua - dua kumpulan politik terbesar di Malaysia ini (BN & PR) mempunyai kemelut yang tersendiri yang sudah menjadi rahsia umum kepada semua. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan hakikat ini. Rasanya tidak perlulah dihuraikan dengan lebih lanjut tentang kemelut ini. Boleh dapatkan maklumat di laman sosial dan elektroni yang lain. Yang penting, kedua - dua pihak yang berkenaan perlu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi kemelut yang dihadapi parti masing - masing. Kegagalan dalam menguruskan situasi ini pasti akan memberi kesan buruk dalam pilihanraya umum nanti. Rakyat sedang memerhati tindak tanduk kedua - dua belah pihak dalam mengatasi situasi semasa.....

Adab – adab Menyambut Hari Raya

Imej
Antara adab yang perlu di amalkan di Hari Raya nanti... #Menghidupkan malam Hari Raya dengan ketaatan kepada Allah s.w.t. #Banyakkan berdoa pada malam Hari Raya kerana ia merupakan malam mustajab doa. #Mandi Sunat Hari Raya. #Mengemaskan diri (potong kuku, andam misai dan janggut). #Memakai wangian, Bersugi dan Memakai Pakaian Baru. #Memperbanyakkan Takbir. #Bersalam dengan orang boleh disalam sahaja. #Disunatkan makan sebelum keluar Solat. Sunah makan kurma dalam bilangan yang ganjil. #Datang awal ke tempat Solat Hari Raya. #Ucapkan Taqabbalallah huminna waminkum. #Bermaaf maafan sesama muslimin/muslimat dengan bersalaman lihat ke muka. Tambahan: #Kurangkan bermain smartphone!!! Kalau boleh hari raya ni, simpan handphone yang canggih – canggih tu dalam poket atau dalam handbag. Tutup mobile data tu. Kalau asyik main telefon, tak ada gunanya nak ziarah di hari raya. Baik duk rumah jer. Gunakan ketika perlu sahaja. #Maka...

Catatan Ramadhan: Kenangan Berpuasa & Beraya di Kuala Selangor

Imej
Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk menjalani Ibadah Ramdhan yang mulia ini. Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk meneruskan ibadah sepanjang Ramadhan kali ini dan dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun - tahun seterusnya. Dan semoga segala ibadah yang dilakukan dalam bulan ini berkekalan hendaknya... Entri kali ini pasal Kenangan Berpuasa dan Beraya di Kuala Selangor. Kenapa di Kuala Selangor? Saya pernah bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor selama 3 bulan tahun 2014 yang lalu. Nak tahu sejarahnya, carilah entri yang berkaitan Kuala Selangor dalam blog ni yer...  Kenangan Berpuasa Kami memulakan tugas di PDTKS bermula Jun 2014 - September 2014 yang lalu. Berkebetulan pula Ramadhan jatuh pada Bulan Jun jugak (29 Jun 2014). Jadi sempatlah kami merasa pengalaman berpuasa di perantauan. Kami bertiga menetap di Kuaters Majlis Daerah Kuala Selangor. Jadi mudah lah nak maka...