Skip to main content

Catatan Ramadhan: Kenangan Berpuasa & Beraya di Kuala Selangor

Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk menjalani Ibadah Ramdhan yang mulia ini. Semoga kita semua diberikan kesempatan untuk meneruskan ibadah sepanjang Ramadhan kali ini dan dapat bertemu dengan Ramadhan di tahun - tahun seterusnya. Dan semoga segala ibadah yang dilakukan dalam bulan ini berkekalan hendaknya...

Entri kali ini pasal Kenangan Berpuasa dan Beraya di Kuala Selangor. Kenapa di Kuala Selangor? Saya pernah bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor selama 3 bulan tahun 2014 yang lalu. Nak tahu sejarahnya, carilah entri yang berkaitan Kuala Selangor dalam blog ni yer... 

Kenangan Berpuasa

Kami memulakan tugas di PDTKS bermula Jun 2014 - September 2014 yang lalu. Berkebetulan pula Ramadhan jatuh pada Bulan Jun jugak (29 Jun 2014). Jadi sempatlah kami merasa pengalaman berpuasa di perantauan.

Kami bertiga menetap di Kuaters Majlis Daerah Kuala Selangor. Jadi mudah lah nak makan sahur. Boleh masak kat kuaters atau kalau malas, boleh beli jer di Bazar Ramadhan kat depan pejabat. Masa "bekerja" di Kuala Selangor ni lah saya diperkenalkan dengan Nasi Ambeng. Diceritakan nasi ini berasal dari Jawa. Yang selebihnya tu, carilah sendiri. Agak unik dari nasi lain sebab ada macam - macam "keunikan" yang tersendiri. Nak tulis tak reti....kalau nak tahu, cuba sendiri.

Solat Terawih kami buat di Surau Kuaters Majlis lah. Sebab dekat dengan rumah. Tak payah nak pergi jauh - jauh. Siap solat, ada jamuan moreh. Tiap - tiap malam ada jamuan. Jimat bajet...Alhamdulillah...

Kenangan Beraya

Hari Raya diperantauan tak sama dengan sambutan di kampung sendiri. Tapi, masa Aidilfitri di Kuala Selangor dulu. kami ada cuti. Balik kampung lah ceritanya. Kalau tak silap dalam seminggu kot cuti raya.

Bila balik semula ke Kuala Selangor, jamuan raya pula mengambil tempat. Paling best setiap unit di PDTKS buat jamuan raya dan tidak terkecuali Unit Pendaftaran. Jenuh nak makan jamuan sampai bos - bos tanya "dik, tak pergi jamuan ke?". Prihatin sangat. Dapat duit raya lagi dari Tuan DO. Memang best dan terbaik...

Teringat jugak pergi jamuan di sebuah kilang berdekatan dengan kuaters. Nama kilang tu Medidata. Dah orang jemput, pantang tak datang. Siap dengan kambing golek lagi...Banyak syokkkk...

Beraya Rumah Kawan

Sepanjang berada di Kuala Selangor, sempat jugak berkunjung ke rumah kawan kami di Sekinchan. Siti Aishah Salleh Hudin dan Laily Syuhaida Safia antara kawan kami yang sempat dikunjungi ketika hari raya tahun lepas. Dah alang – alang duk Kuala Selangor kan.. Tak ingat dah bila tarikhnya…

Bila saya telefon Aishah menyatakan hasrat untuk beraya di rumahnya, terkejut jugak beliau ketika itu. Maklumlah tak berapa percaya yang kami berada di Kuala Selangor. Laily pun sama jugak.

Ingin jugak beraya di rumah teman – teman yang lain. Namun dek jarak dan masa yang tidak mengizinkan. Jangan marah haaa…. Insyallah ada rezeki jumpa semula nanti….

Kelip – Kelip Kg Kuantan, Kg Kunci Air Buang & Cendol Borhan

Pertama kali dalam sejarah hidupku dapat ke Kg Kuantan yang terkenal dengan Kelip – kelipnya (kunang – kunang). Kalau dulu dapat tengok iklan TNB di TV3 je yang tunjuk pasal kg Kuantan ni. Terima kasih kepada Pn Yusiha Ishak dan Keluarga yang “menaja pelayaran” kami (saya & azwan) untuk menikmati keindahan Kelip – kelip Kg Kuantan. Nak tulis tak pandai. Kalau nak tahu, pergi sendiri…

Kunjungan ke Kg Kunci Air Buang tu sebab diajak oleh Pak Din, salah seorang staf di PDTKS. Niat sebenarnya nak pancing udang galah. Tapi, tak dapat pun. Kata Pak Din “tak dapat lah wal, tak de rezeki”…Tak pe lah. Tak dapat makan udang galah, makan cempedak pun jadi lah. Boleh lawat kawasan orang.
Tengok sawah terbentang luas memang menyeronokkan. Nak tahu, pergi sendiri….

Pertama kali rasa Cendol Durian di Kuala Selangor. Terbaik. Nak post gambar takut terliur. Nanti kita post semula yer…

Sekalung Penghargaan

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada Pn Nordiana Nordin dan Pn Nik Azliza Nik Ariffin yang bertanggungjawab dalam perkara ni. Sebab kalianlah yang mengiklankan kerja ni, dapat merasa pengalaman bekerja di perantauan walaupun dalam masa yang singkat.

Terima kasih juga kepada Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor atas kesudian menerima kami bertiga untuk berkhidmat di sana.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn Diani Letisya Abdull Razak dan Pn Yusiha yang banyak menolong kerja kami di sana. Tidak lupa kepada semua staf di Unit Pendaftaran yang banyak membantu kami menyiapkan tugasan yang diberikan. CC Hj Tauhid, Kak Ju, Kak Nor Madiah, Kak Ita, Kak Salwa, Kak Rumainah, Kak Yan, Kak Shida, Kak Ros, Abang Fuhat, Pak Din, En Lan, En Muslim, Wak Kuri dan semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih semua….

#KenanganKualaSelangor
#Salam Aidilfitri

Comments

Popular posts from this blog

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sun…

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain...
Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. 
Iklan dia kat bawah ni....
Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive
Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia
Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant
-Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik
Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023
2 Mac 2015 yang lalu, saya dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat A…

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin &  Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau diingat boleh me…