Kacau Bubur Asyura 2015 (Throwback)
Pada 31 Oktober
2015 yang lalu, Madrasah (Balaisah) Kampung Chengal Pulas telah mengadakan
Program Memasak Bubur Asyura secara bergotong royong yang diadakan di sekitar
madrasah. Seingat saya, ini kali pertama kami buat Bubur Asyura di surau. Dan
program ini adalah antar program yang terbesar pernah dijalankan di madrasah
kami.
Perancangan awal
nak buat 2 kawah sahaja. Tetapi, bila fikir – fikir balik takut tak cukup,
tambah lagi 1 kawah, menjadikan keseluruhan 3 kawah Bubur Asyura yang dimasak
hari berkenaan. 2 kawah asyura daging dan satu kawah asyura kosong (tanpa
daging).
Memang kalau nak
diikutkan, kacau asyura ni memakan masa yang lama. Masa kami buat dulu, mula
kacau asyura (hidupkan api) jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 6 petang. Sekitar
10 jam nak siapkan 3 kawah Bubur Asyura.
Yang paling
gembira bila buat gotong-royong ni adalah kerjasama dari semua pihak yang
menjayakan program. Ada yang bagi sumbangan duit, ada yang bagi sumbangan bahan
mentah dan juga tenaga untuk mengacau Bubur Asyura sehingga masak. Walaupun
masih ramai yang tidak memberikan kerjasama, tak hadir pun program, tapi
semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah…
Memang pada
mulanya bila masak 3 kawah ni, cukup untuk dibahagikan kepada semua sikit sorang.
Namun, bila tiba masa pembahagian, ternyata 3 kawah pun tak cukup. Kalau nak
buat lagi tahun depan, 5 kawah lah jawabnya.
Insyallah ada rezeki, tahun depan
kita buat lagi.
# Gambar sekitar program Kacau Bubur Asyura 2015#
# Gambar Pembahagian Bubur Asyura#
# Bubur Asyura 2015
# Madrasah Chengal Pulas
# 3 Kawah
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS