1MET 2015: Unleash Your Potential (Throwback)


Pada 13 – 14 November 2015 yang lalu, saya telah menyertai program 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) 3.0 yang telah diadakan di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Bachok Kelantan. Program selama 2 hari itu adalah suatu program keusahawanan yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk berkongsi tentang ilmu keusahawanan kepada peserta yang terlibat.

Dianggarkan sekitar 200 orang peserta yang telah menyertai bootcamp ini. Ada kalangan peserta yang sudah mempunyai perniagaan dan ada jugak yang sekadar untuk menimba ilmu tentang keusahawanan semata – mata.

Dalam program yang berlangsung selama 2 hari tersebut, kami didedahkan tentang pelbagai ilmu untuk menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya.

Cuma ada beberapa saranan yang boleh dilakukan oleh pihak penganjur dalam memastikan program ini mendapat manfaat kepada golongan sasaran.

1. Saya perhatikan peserta yang menyertai program berkenaan terdiri dari 2 kelompok yang berbeza. Satu kumpulan yang SUDAH MEMPUNYAI PERNIAGAAN dan satu kumpulan yang BELUM BERNIAGA seperti saya. Sebab ada juga pelajar dari UMK yang datang untuk menimba ilmu pengetahuan tentang bidang keusahawanan.

2. Saya ingin mencadangkan kepada penganjur supaya diasingkan antara mereka yang sudah berniaga, tidak kisahlah secara kecil - kecilan atau yang sudah memiliki syarikat dengan peserta yang belum mempunyai perancangan menjalankan perniagaan yang sudah pasti memerlukan pendekatan yang berbeza.

3. Bagi peserta yang belum berniaga, sudah pasti mereka memerlukan ilmu dari segi macam mana nak memulakan perniagaan dan jenis - jenis perniagaan yang boleh dijalankan seperti saya. Dan bagi mereka yang sudah memulakan perniagaan, sudah pasti keutamaan mereka adalah untuk mengetahui tentang cara untuk mengembangkan perniagaan, cara pembungkusan yang betul, cara yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi dan pelbagai lagi yang seorang usahawan perlukan. 

4. Saya agak terkilan kerana tidak dapat "mencuri" masa yang sepatutnya semasa program berlangsung untuk berjumpa dengan pakar - pakar yang didatangkan khas dalam program berkenaan yang bertujuan untuk membantu kami dalam apa jua masalah berkaitan perniagaan. Agak terkilan kerana tidak dapat jumpa dengan pakar kerana sibuk dengan kertas kerja dan pembentangan.

5. Walau bagaimanapun, program berkenaan amat memberi manfaat kepada yang hadir khususnya kepada saya. Walaupun tidak menjadi seorang usahawan dalam masa terdekat, Ilmu yang dikongsikan amat bermakna sebagai langkah permulaan untuk menjadi seorang usahawan. Insyallah...

6. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program berkenaan. Semoga kita semua yang menghadirinya memperoleh manfaat yang berguna.

#1MET 2015
#1MET Bachok
# Saya Seorang Usahawan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan