Isu Perkahwinan: Berpahala tapi Berdosa

Isu Perkahwinan salah satu daripada isu yang evergreen selain daripada isu politik, yang selalu disebut dan dibincangkan oleh pelbagai kalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Sebab perkahwinan dijalankan oleh masyarakat di Malaysia mengikut agama dan adat masing - masing. Untuk tulisan kali ini, penulis akan memfokuskan tentang Perkahwinan Orang Melayu sahaja. 

Tulisan ini berdasarkan pembacaan, pengalaman dan sedikit ilmu dari kuliah - kuliah yang penulis hadiri dan juga melalui ustaz - ustaz di youtube yang mengupas isu perkahwinan ini. Semoga tulisan yang tidak seberapa ini bermanfaat buat semua yang membaca dan sebagai salah satu amal jariah penulis kelak. Amin...

Bila sebut pasal kawin, semua orang nak berkahwin. Samada kahwin lagi atau baru pertama kali nak berkahwin. Dan tentunya setiap pasangan yang ingin berkahwin itu mempunyai tema atau konsep perkahwinan yang diingini. Konsep dalam taman, konsep perkahwinan ala tradisional, konsep perkahwinan barat dan pelbagai lagi tema yang boleh dibuat untuk majlis perkahwinan. Semua itu tidak menjadi kesalahan. Cuma, disana terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh bakal - bakal pengantin dan juga ibu bapa kedua - dua belah pihak agar perkahwinan yang sepatutnya beroleh pahala tidak bertukar menjadi majlis maksiat dan beroleh dosa.

Kad Jemputan

Kad Jemputan merupakan satu perkara yang boleh dikatakan menjadi suatu keperluan dalam majlis perkahwinan. Tujuan kad itu adalah untuk jemputan hadirin dan makluman tentang majlis yang akan diadakan kelak.

Namun, dek kerana kecanggihan teknologi semasa, fungsi kad telah diambil alih oleh media sosial yang ternyata menjimatkan masa dan kos. Jemputan melalui aplikasi Whatsapp, create event di Facebook adalah antara medium baru jemputan alaf moden. Tidak perlu keluarkan modal yang banyak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menjemput.

Namun, masih ramai lagi yang menggunakan kad jemputan untuk jemputan ke majlis mereka. Cuma, yang penulis ingin pesankan adalah janganlah di atas kad jemputan itu ditulis ayat - ayat Al Quran bagi menjaga kesucian Kalam Allah s.w.t. Cukuplah sekadar tulisan biasa tanpa ayat Quran. Takut - takut nanti kad itu dibuang merata - rata oleh penerima. Dan yang akan menanggung dosa adalah pembuatnya.

Majlis Persandingan.

Setakat yang penulis tahu, hukum bersanding adalah HARAM, kerana mendedahkan aurat pengantin dan dengan solekan yang agak keterlaluan. Seingat penulis, tak ada lagi pengantin yang pakai biasa - biasa bila majlis perkahwinan. Semuanya yang agak keterlaluan.

Sekadar ambil gambar dalam bilik rasanya sudah mencukupi. Kalau bersanding ni lebih banyak keburukannya dari kebaikannya.

Kepada para suami, jangan jadi Lelaki Dayus semasa hari perkahwinan anda. Membiarkan isteri tercinta disolek oleh orang asing berlainan jantina sudah cukup membuatkan kita digelar lelaki dayus. Membiarkan kecantikan isteri dilihat oleh orang lain yang tidak berkaitan juga boleh menyebabkan kita menjadi dayus.

Ukur Baju di badan sendiri...

Satu tabiat yang kurang baik dalam kalangan masyarakat Melayu adalah sikap suka meniru orang lain terutama sekali dalam menganjurkan majlis perkahwinan ini. Kalau mampu, silakan lah. Asalkan majlis itu tidak terdapat unsur - unsur maksiat yang boleh menyebabkan dosa.

Ada juga yang nak majlis perkahwinan mereka mengikut tema artis - artis walaupun dengan berhutang. Buatlah mengikut kadar kemampuan diri sendiri, jangan membebankan diri sendiri dengan hutang disebabkan nak bermewah - mewah di hari perkahwinan. Apa yang penting, kehidupan selepas berkahwin itu yang lagi penting berbanding semasa perkahwinan.

Lebih Sudu dari Kuah

Ini satu lagi sikap yang perlu diubah dalam masyarakat kita. Sikap "orang yang tidak berkenaan" dalam merencanakan majlis perkahwinan. Biarlah pasangan suami isteri yang merancang majlis mereka. Yang tidak berkenaan tu sila duduk tepi.

Contohnya, pasangan suami isteri tak nak bersanding. Tapi "orang yang tidak berkenaan" disuruhnya bersanding. Katanya semua orang bersanding. Jangan ikut orang, ikut Islam. Inilah sikap yang perlu dielakkan oleh kita semua dalam merancang perkahwinan.

Rasanya setakat ini sahaja tulisan untuk kali ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Tulisan ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa, cuma sekadar pengalaman dan ilmu yang penulis ada sahaja. Sebarang teguran atau pandangan amatlah penulis hargai.

Biarlah majlis perkahwinan yang dianjurkan itu beroleh pahala dan bukannya dosa.

# Salam Kemerdekaan ke 58
# Sehati Sejiwa
# Sekadar Pandangan Peribadi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan