Fattabiouni: Adab dan Sunnah dalam Bermusafir


1. Tujuan perjalanan adalah baik dan betul.

2. Solat 2 rakaat di rumah sebelum keluar bermusafir.

3. Sunnah Nabi s.a.w adalah Baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat.

Baginda bersabda “ Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan”.

4. Bawalah sebuah beg kecil yang diisi dengan barangan keperluan diri seperti:

# Berus Gigi
# Cermin Kecil
# Sikat

5. Ucapkanlah Selamat Tinggal kepada keluarga dengan memohon penjagaan dari Allah s.w.t.

6. Apabila keluar dari rumah, sunat membaca Bismillah Hirrahma Nirrahim.

7. Bacalah Doa Musafir dan Doa Naik Kenderaan agar perjalanan selamat.

8. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar melantik seorang menjadi ketua.

9. Sunat Bertakbir ketika pada Paras Ketinggian dan Bertasbih ketika turun ke Paras Rendah.

Contoh: Naik Kapal Terbang, Turun Kapal Terbang
Naik Bukit, Turun Bukit

10. Apabila masuk Kampung/Pekan/Bandar, sunat berdoa agar dipermudahkan perjalanan.

11. Bawa balik hadiah ketika balik daripada musafir biarpun kecil.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Jika ada kesilapan, mohon teguran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan