Adab – adab Menyambut Hari Raya
#Menghidupkan malam Hari Raya dengan ketaatan kepada
Allah s.w.t.
#Banyakkan berdoa pada malam Hari Raya kerana ia
merupakan malam mustajab doa.
#Mandi Sunat Hari Raya.
#Mengemaskan diri (potong kuku, andam misai dan
janggut).
#Memakai wangian, Bersugi dan Memakai Pakaian Baru.
#Memperbanyakkan Takbir.
#Bersalam dengan orang boleh disalam sahaja.
#Bersalam dengan orang boleh disalam sahaja.
#Disunatkan makan sebelum keluar Solat. Sunah makan
kurma dalam bilangan yang ganjil.
#Datang awal ke tempat Solat Hari Raya.
#Ucapkan Taqabbalallah huminna waminkum.
#Bermaaf maafan sesama muslimin/muslimat dengan bersalaman lihat ke
muka.
Tambahan:
#Kurangkan bermain smartphone!!!
Kalau boleh hari raya ni, simpan handphone yang canggih
– canggih tu dalam poket atau dalam handbag. Tutup mobile data tu. Kalau asyik
main telefon, tak ada gunanya nak ziarah di hari raya. Baik duk rumah jer.
Gunakan ketika perlu sahaja.
#Makanlah apa yang ada!
Kalau ziarah ke rumah kawan ke siapa ke, jangan minta
yang bukan bukan. Kalau ada Kuih Tart je, makan je lah. Kalau ada air sirap je,
minum je lah. Jangan banyak komen. Jangan pulak nak buat macam restoran. Kalau
nak komen banyak – banyak, bawak sendiri kuih kat rumah.
#Jangan sembang lama sangat!!!
Janganlah bersembang sampai berjam – jam lamanya. Tuan
rumah pun nak beraya jugak. Memang dia akan layan jer… Tak kan lah dia nak
halau kita pulak. Faham faham sendiri lah. Sembang pun biarlah berpada pada.
Janganlah over sangat. Kesian tuan rumah menderita tak dapat beraya sebab nak layan korang seorang.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama dan dapat diamalkan dalam menyambut Aidilfitri kali ini. Jom buat perubahan bersama.
#Jom Sambut Raya dengan Syariah
#1 Syawal Tanpa Internet
#Salam Aidilfitri 1436H
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama dan dapat diamalkan dalam menyambut Aidilfitri kali ini. Jom buat perubahan bersama.
#Jom Sambut Raya dengan Syariah
#1 Syawal Tanpa Internet
#Salam Aidilfitri 1436H
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS