Kisah Pencari Kerja

1. Isu Pencarian Kerja ni memang menjadi suatu perkara yang dibincangkan dalam kalangan mahasiswa/wi yang baru bergraduan atau yang "berstatus penganggur" dari IPTA/IPTS samada dari dalam negara atau luar negara.

2. Ada orang kata "Jangan memilih kerja", "Kerja je apa - apa pun, janji dapat kerja". Ini antara kenyataan dari orang ramai lah bila berjumpa atau berbual - bual dengan mereka yang belum bekerja atau belum dapat kerja. Ada pro dan cont lah dalam kenyataan tu. Nanti kalau berborak dengan mereka yang berkenaan akan tahu lah jawapannya...

3. Perkongsian tulisan pandangan peribadi saya dah banyak ditulis dalam blog ni berkenaan dengan cari kerja ni. Salah satu yang saya bangkitkan adalah tentang umur persaraan penjawat awam. Secara kasarnya, kalau boleh dihadkan untuk umur persaraan wajib sekitar 55 tahun sahaja dan mungkin boleh dilanjutkan sehingga umur 60 tahun untuk jawatan kritikal yang memerlukan kepakaran tertentu sahaja.

4. Kasihanlah kepada kami yang masih mencari - cari kerja ni. Tidak dinafikan ada jugak yang memilih pekerjaan dan ada yang tak memilih sangat. Tapi, kalau nak salahkan pun tak boleh. Tak kan lah nak kerja dengan gaji SPM sedangkan kami mempunyai kelulusan Ijazah? Saya tidak berniat untuk menghina mereka yang berkelulusan SPM atau lain - lain. Cuma menyatakan realiti semasa hari ini.

5. Saya pernah diberi nasihat oleh "seorang pegawai tinggi" suatu ketika dahulu. Katanya "tak kan awak nak kerja gaji rendah sedangkan awak ada kelulusan yang tinggi dan layak mendapat gaji yang setimpal dengan kelulusan awak? Hutang pinjaman nak kena bayar lagi. Banyak perkara yang perlu guna duit lah bila dah grad ni.

6. Tidak dinafikan yang rezeki itu tersirat dalam Ilmu Allah s.w.t. Disuruh kita berusaha dan berdoa untuk mencari kerja. Insyallah, lambat atau cepat rezeki tu akan datang jugak nanti.

7. Kepada rakan - rakan blogger sekalian, doakan kami yang belum dapat kerja ni dikurniakan kerja nanti. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan