Catatan
Tunjukkan catatan dari April, 2014
Hudud: Bukan Isu Politik!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Assalamualaikum kepada semua rakan yang masih lagi aktif berblog ataupun yang tidak aktif, semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Entri kali akan menampilkan pandangan peribadi penulis dalam membicarakan Hukuman Hudud yang menjadi isu yang terhangat ketika ini. Hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa Rang Undang – Undang Persendirian ke Parlimen bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan tahun 1993 atau Hukuman Hudud di negeri tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada ahli politik, NGO dan masyarakat. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perka...
Borong Sakan BB1M
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Hari ini entri terbaharu pasal Baucer Buku 1 Malaysia. Memandangkan saya masih lagi tergolong dalam kategori seorang pelajar, maka saya tak dapatlah mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebagaimana dalam e-mail dari Kementerian Kewangan kepada saya baru – baru ini. Tuan / Puan, BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2014 Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan ( Nama : MUHAMMAD SYAWAL BIN MAT GHANI , No. Pengenalan : ) bertarikh 24/12/2013 tidak diluluskan atas kod alasan berikut: 07: Pemohon telah menerima baucar buku 3. Sebarang pertanyaan atau rayuan, sila hubungi talian bebas tol: . Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1-800-88-2716 (BR1M); atau . Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan. Sekian, terima kasih. ''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'' Kementerian Kewangan Malaysia Tanggal 27 Mac 2014...
Temuduga JPK: Suatu Catatan..
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Panel Temuduga: Majlis Tertinggi (MT) Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011. Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin & Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan. Pengalaman sebagai Panel Penemu duga d...
Al Kisah: Hisab Harta
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kisah yang diambil dari FB. Moga bermanfaat buat semua. Alkisah seorang Konglomerat telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah aku mati nanti akan ku warisi separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak- anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayah pun sudah menjadi mayat". Selang keesokan harinya dipanggillah semua adik-adiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga aku setelah aku mati nanti selama 40 hari bersamaku di dalam kubur? Nanti aku akan memberi setengah daripada hartaku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku. Dan adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin ada manusia yang sanggup bersama mayat selama itu di dalam tanah.” Lalu dengan sedih Konglomerat tersebut memanggil pe...
Lawak Masa Belajar
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Assalamualaikum semua.....Selamat hendaknya... Semoga MH 307 dapat ditemui dengan segera...Teruskan sama - sama berdoa padaNya agar mendapat kejayaan nanti... Dalam duk ronda - ronda dalam alam maya ni, terjumpa beberapa gambar yang dipostkan dalam group atau orang perseorangan tentang Troll Pelajar Baru. Sekali imbas, memang ini yang terjadi bila kita berjumpa dengan pelajar baru di universiti atau di kolej penginapan yang sama. Soalan yang selalu disapa " Ko asal mana?". Bila yang ditanya menjawab dari negeri tertentu, pasti loghat itu akan disebut oleh orang yang bertanya. Terutama sekali loghat KELATE...... Ramai orang luar nak kecek kelate, tetapi berbunyi "lagu lain" dan sebaliknya. Ini adalah biasa je. But, for your information, sometimes people didn't known that I'm a KELANTANESE! Betul ni. Seorang Prof selalu tanya " awak orang mana?, saya jawablah " orang kelantan...
Media sosial: Keperluan vs Kehendak
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Entri hari ini adalah pandangan penulis berkaitan dengan media sosial. Kalau ingin berbicara tentang media sosial, memang tak habis dalam masa satu dua hari. Pelbagai jenis media sosial yang muncul mutakhir ini seumpama cendawan tumbuh selepas hujan. Seingat saya, kalau dahulu media sosial yang popular seperti Friendster, MyRakan antara yang menjadi tumpuan para remaja. Selain yang disenaraikan di atas, yang mungkin sudah menjadi sejarah masa lalu, pelbagai lagi jenis media sosial yang wujud menggantikan mereka. Twoo, Google+, Blog, Twitter, Facebook, Line, WeChat, Whatsapp, Instagram antara produk perkhidmatan yang semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan remaja dan masyarakat masa kini. Pelbagai ciri yang memudahkan perhubungan yang ditawarkan oleh pengendali perkhidmatan yang menyebabkan produk mereka mendapat tempat dihati pengguna. Tak...
Langkah orang cemerlang dunia dah akhirat
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Langkah orang cemerlang dunia dah akhirat: DMFK Renungan dan Nasihat: Sebaik - baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Allah akan membantu hambanya selama mana hambanya membantu saudaranya. Potensi kita yang sebenar jauh lebih hebat daripada apa yang kita pamerkan sekarang. Kata para Alim: Tanda orang bersyukur ialah dengan menjadikan diri kita yang terbaik Orang cemerlang suka buat apa yang orang yang gagal tak suka lakukan 1. SIAPA ANDA: Kenali diri sebaik mungkin, insyallah akan kenal Pencipta Setiap kita ada kekuatan dan kelemahan untuk diatasi dan dibaiki. Cara Kenal Diri Tengok nama dan makna namanya. Nama bertindak sebagai ubat, doa perangsang…. Perwatakan fizikal manusia Tarikh lahir. Membawa kesan kepada peribadi. Tulisan memainkan peranan dalam mengenal peribadi Warna kegemaran boleh mempengaruhi peribadi. Nabi suka hijau, damai aman kretif putih jujur ikhlas telus hitam pink ceria semanagt kesihatan Uru...
Tips Rezeki & Berkat: Dr Zaharuddin Abdul Rahman
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Forum Berkat & Rezeki, Pulau Pinang 19 Januari 2014 Tips Rezeki & Berkat: Dr Zaharuddin Abdul Rahman Banyakkan beristighfar dan taubat (Surah Hud, 61) Banyakkan bersedeqah Jangan buat banyak dosa Jangan jemu belajar kemahiran baru dalam perniagaan Fokus dan kerja sepenuh masa (kerja elok2) Betulkan guna islam dalam perniagaan Jangan melampau dalam beriklan Kotakan janji dengan pelanggan Dapatkan feedback dari pelanggan tentang sesuatu produk Bayar hutang bila berhutang Business bukan matlamat, Business adalah perjalanan, Matlamat kita adalah syurga. Kita kejar syurga tuan – tuan, Dunia akan datang berkejar- kejar pada kita. Ustaz Zamri MANTOP [Forum Berkat & Rezeki, Pulau Pinang]
Bola Sepak: Antara Suka vs Duka
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Assalamualaikum pada semua rakan blogger yang masih aktif berblog dan juga yang tidak lagi aktif dalam berblog ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. hari ini tajuk yang dipilih untuk dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan sukan Bola Sepak yang menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat samada dalam negara atau luar negara. Saya lebih fokuskan kepada bola sepak dalam negara. Dan tentunya pasukan yang menjadi tumpuan entri saya adalah Kelantan, The Red Warriors (TRW). walaupun saya bukanlah peminat tegar sukan ini ataupun diehard fan, namun coretan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi saya secara langsung atau tidak langsung dalam sukan ini. Mungkin ada yang benar dan mungkin ada yang salah. Namun, catatan ini adalah luahan dan muhasabah diri kita semua. Dalam apa jua perlawanan bola sepak yang disertai oleh TRW sama ada Liga Super atau AFC, memang menjadi matlamat utama pasukan dan pemain adalah untuk memenangi kese...
Jelajah Solidariti 529 Mesir Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jelajah Solidariti 529 Mesir Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin Tempat: Markaz R Pasir Puteh, 7 April 2014 Alhamdulillah, walaupun telah lama peristiwa ini berlangsung, namun hanya sekarang baru dapat postkan dalam blog ini. Disebabkan beberapa kekangan dan kelemahan diri sendiri seperti internet connection dan sebagainya. seingat saya, saya telah menulis tentang Mesir ini dalam entri yang terdahulu, apabila penyokong IM berkumpul di Dataran Rabaah Adawiyah. Beberapa hari yang lalu atau tepatnya pada 7 April 2014, saya telah menghadiri Jelajah Solodariti 529 Mesir Hukuman Mati Ikhwanul Muslimin yang telah diadakan di Markaz R Pasir Puteh yang telah dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pelajar Mesir. Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang peristiwa semasa yang berlaku di negara Mesir itu sebelum ini telah memulakan jelajah pertamaya di Bachok dan akan dibuat di tempat – tempat lain seluruh negeri Kelantan. Umum mengetahui bahawa semenjak kejatuhan Presid...
HUDUD: Alhamdulillah, akhirnya akan terlaksana jua
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kenyataan Media Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut : 1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat. 2. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang A...