[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

Pada 10 Disember 2015 yang lalu, saya bersama - sama dengan kakak saya serta 3 orang anak sedara saya telah melawat Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan. Program dengan tajaan penuh kakak saya ini memaparkan pameran Misteri Firaun: Musuh Para Nabi, Tok Janggut: Pahlawan Melayu Kelantan dan Pameran Sultan Muhammad Al Fateh: Penakluk Konstantinopel. Pameran ini telah berlangsung pada 20 Oktober 2015 sehingga 31 Januari 2016 nanti.

Kepada yang belum pergi dan berminat untuk ke pameran berkenaan, saya alu - alukan kedatangan anda ke Muzium Negeri Kelantan.

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Muzium Negeri Kelantan ini. Sedikit maklumat tentang muzium ini sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Bangunan ini pada asalnya adalah merupakan Pejabat Majlis Bandar Kota Bharu. Pada tahun 1990, pengubahsuaian besar telah dibuat untuk dijadikan Muzium Negeri. Ia juga merupakan pejabat utama Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Tingkat bawah bangunan ini merupakan galeri pameran Sejarah Negeri Kelantan seperti Asal Usul Nama Kelantan, Tokok - Tokoh di Kelantan, Sejarah Kesultanan Kelantan serta Kelantan dulu dan Kini. Manakala di tingkat atas pula menempatkan Galeri Seni Persembahan dan Permainan Tradisional Kelantan seperti Wayang Kulit, Gasing, Rebana, Kertuk dan lain - lain lagi. 

Berkenaan dengan Pameran Pendidikan Perdana yang sedang berlangsung kini, saya melihat ianya merupakan suatu pameran yang banyak memberi manfaat dan ilmu kepada mereka yang mengunjungi pameran tersebut. Disana terdapat sejarah tentang Perjuangan Tok Janggut yang merupakan Pahlawan Negeri Kelantan yang boleh dipelajari tentang sejarahnya. Dipamerkan tentang Sejarah Perjuangan Beliau, Pengikutnya serta Kronologi Perjuangan Tok Janggut menentang penjajah.

Selain itu, di pamerkan juga tentang Firaun yang mengaku sebagai Tuhan. Di tayangkan kisah bagaimana Nabi Musa a.s membelah laut untuk menyelamatkan umatnya dari Firaun yang kejam. Juga dibawa bersama Keranda Emas Firaun Tutkhamun untuk tontonan pengunjung yang hadir.

Pameran Sultan Muhammad Al Fateh juga tidak kurang dengan maklumat yang sangat berguna kepada semua. Sejarah tentang Baginda, Tembok Kota Konstantinopel juga turut dipamerkan disana. Selain dari itu, turut dipamerkan adalah Replika Pedang Nabi s.a.w, Tongkat Nabi Musa serta Pedang Para Sahabat yang lain. Pendek kata, kalau nak tulis dalam blog ni, memang tak akan habis. Anda wajib ke sana untuk melihat sendiri...

Tarikan lain di Muzium Kelantan adalah dapat berselfie dengan unta. Unta betul tau.... Rugi kalau tak datang.

Tiket masuk untuk Dewasa ialah RM 5.00 dan Kanak - Kanak ialah RM 3.00

Koleksi Gambar Kenangan...

Cepat - cepat pergi sebelum terlambat...










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan