Monday, 2 February 2015

Makan Malam di Wong Solo

Menu Makanan & Minuman
Tadi, saya bersama rakan, Muhammad Asyraf makan malam di Restoran Ayam Bakar Wong Solo Sdn Bhd di Jalan DwiTasik 1, Dataran DwiTasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Tak ada plan - plan pun nak makan sekali. Duk main - main Whatsapp, tup - tup dia ajak saya keluar makan sambil borak - borak. Saya pun ok je lah kalau nak datang ambik. Dipendekkan cerita, dia datang dengan kereta dan kami ke Jalan DwiTasik untuk makan malam. (Kalau tak datang ambik, memang tak pergi. Kereta pun tak de). Lagipun dia tinggal dekat jer dengan rumah kakak saya di Kuaters Guru Bandar Sri Permaisuri ni.

Pusing punya pusing di kawasan tersebut, ternampaklah sebuah restoran berwarna hijau yang nampak menarik pada pandangan mata kami.

"Nak try yang ni ke?, tanya Asyraf.

"Ok jer", jawabku dengan penuh selamba.

Keluar dari kereta, tengok - tengok Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Kami masuk je lah. Macam menarik dan paling penting Halal.

Alhamdulillah, kawasan dalam restoran bersih, ada surau dan pekerja pun berpakaian kemas dan bersih. Ada meja (macam meja jepun dan meja biasa). Kami pilih bersila, cari kelainan. Dipendekkan cerita, sampailah menu kepada kami dan pesanan dibuat. Sambil menunggu pesanan, kami berborak lah. Apa yang kami bualkan tu biarlah rahsia ye...

Ayam Bakar Wong Solo (Sejuk)
Nasi Putih RM 2.50
Yang hujung sebelah kiri tu Set 1 Asyraf
Resit apa yang kami makan (tak ada GST lagi)

# Sekali sekala makan tak ada masalah..
# Cuba makanan Indonesian Cuisine sekali..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma