Catatan Ramadhan: Puasa di Puncak Perdana


Alhamdulillah, hari ini sudah 21 Ramadhan 1436H sudah. Cepatnya masa berlalu tanpa disedari. Ramadhan sudah difasa yang terakhirnya. Moga dipertemukan lagi dengan Ramadhan Al Mubarak di tahun - tahun mendatang. Insyallah...

Hari ni teringat pengalaman terindah berpuasa di UiTM Puncak Perdana beberapa tahun yang lalu. Kalau tak silap ingatan, 3 ke 4 sem jugalah berpuasa di sana. Memanglah tak sama dengan berpuasa di kampung...tapi bestnya ada..

Teringat masa nak bersahur. Awal - awal masuk dulu boleh jugak beli di Kafe Puncak untuk makan sahur. Bungkus nasi dan lauk, untuk sahur. Kuah pun tak ada. Makan nasi kosong dengan lauk je. Kadang-kadang makan roti dan air jer untuk sahur. Telan jer asal dapat sahur.

Waktu nak berbuka, ramai - ramai berkunjung ke Bazar Ramadhan depan KANDANG PUNCAK. Beli juadah. Nasi Tomato Uncle jadi pilihan sebab murah + sedap + banyak. Best. Dulu dapat kupon untuk berbuka dari CiTU Puncak Perdana. Makan di Dewan Serbaguna Kolej. Makan ramai - ramai dalam talam besar. Jimat lah belanja.

Solat Tarawih biasanya saya buat kat Surau Iqra'. Biasalah malam - malam awal tu penuh sampai ke luar dewan solat. Sebelah perempuan sampai kena hampar sejadah nak menampung keramaian jemaah Solat Terawih. Lepas tu.....hermmm. Mungkin buat dibilik kot atau buat di surau lain. Mungkin juga ada yang nak siapkan assignment. Sangka baik. Ada jugak kadang solat di Surau al Ikhwan Taman Sandaran Permai. Lepas solat ada moreh. Saja nak cari kelainan dengar bacaan imam yang berbeza. Alhamdulillah syukur....

Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang nak dikongsi. Tapi rasanya cukup setakat ini entri kali ini. Jumpa lagi...

Pengalaman itu yang mendewasakan kita.

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan