[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan
Lawatan ke Balai Seni Lukis Kelantan telah
berlangsung sama tarikh dengan Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Kelantan
pada 10 Disember 2015 yang lalu. Cuma saya buat entri yang berasingan bagi
mengulas tentang lawatan di Balai Seni lukis ini dengan lebih mendalam sikit.
Jom kita baca dulu tentang Balai Seni Lukis
Kelantan ni sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang
diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Bangunan asal Balai Seni Lukis Kelantan ialah
di Bangunan Muzium Perang (Bank Kerapu) yang terletak di Jalan Post Office
Lama, Kota Baharu. Balai Seni Lukis Kelantan telah disempurnakan perasmiannya
oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan pada 10 Syaaban 1408 Hijrah bersamaan dengan
28 Mac 1988.
Pada tahun 1992, Balai Seni Lukis Kelantan
telah dipindahkan ke Muzium Negeri Kelantan kerana kerja – kerja pengubahsuaian
Bank Kerapu telah mula dilakukan untuk dijadikan Memorial Peperangan Dunia ke
Dua di Kelantan.
Kini, Balai Seni Lukis Kelantan dibangunkan
kembali di Bangunan lama TAKDIR bersebelahan Pejabat Pusat Penerangan
Pelancongan Kelantan (TIC) di Jalan Sultan
Ibrahim.
Semasa lawatan kami ke sana, dipamerkan lukisan tentang masjid – masjid yang
ada di Kelantan. Sebahagiannya ada yang kami tahu, dan sebahagian lagi ada yang
tidak. Di pamerkan juga harga bagi sesebuah lukisan yang dipamerkan bersekali
dengan lukisan tersebut.
Saya ada ambil gambar beberapa lukisan itu.
Kalau nak tengok lagi, kunjungilah Balai Seni Lukis Kelantan sendiri. Tiket
masuk bagi Dewasa ialah RM 2.00, manakala bagi Kanak – Kanak ialah RM 1.00.
Lukisan Masjid Gunung Reng |
Lukisan Masjid Beijing CEPAT - CEPAT KE SANA UNTUK MENYAKSIKAN SENDIRI PAMERAN YANG DISEDIAKAN... |
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS