MPP: Tugas dan Harapan




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang masih mengenali diri ini. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sekalian hendaknya.
Hari ini terasa nak update blog pulak. Dah lama tak update. Nak update pasal Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi UiTM Kampus Puncak Perdana khusus bagi Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM).

Empat hari yang lepas, 20 September 2012 telah berlangsungnya Pemilihan MPP bagi Sesi 2012 – 2013. Bagi FPM, seramai 3 orang calon telah bertanding bagi merebut dua kerusi yang dipertandingkan. Alhamdulillah semua proses pengundian telah selamat dilangsungkan dan telah diketahui siapakah MPP bagi sesi 2012 – 2013.





Lebih kurang jam 8.00 malam kami dimaklumkan bahawa (gambar) telah dipilih oleh Para Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Dimaklumkan juga MPP Miya mendapat undian tertinggi. Tahniah buat kedua – dua MPP yang telah dilantik dan tiba masa untuk kotakan janji yang telah dijanjikan pada Rapat Calon MPP pada 19 September 2012 yang lalu.

Apa janji mereka?

Ada beberapa janji yang dilontarkan oleh kedua – dua MPP pada malam tersebut. Antaranya:

Spotlight Padang Futsal
   

Bas ke Seksyen 17
  

Wifi Percuma
  

Penambahan Kelab di Fakulti
  

Stor simpanan barang
  

Kemudahan Pendingin Hawa di Fakulti

Perlu diingatkan bahawa MPP menjaga kebajikan semua pelajar dan bukan hanya sesetengah sahaja. Sekadar ingatan untuk yang membaca.

# Kerbau dipegang pada tali, Manusia berpegang pada janji#

Kenapa tak masuk MPP?

Soalan ni banyak diajukan pada saya pada Pemilihan MPP yang baru berlangsung minggu ini. Ada beberapa sebab yang menyebabkan saya tak nak masuk sebagai Calon MPP. Antaranya ialah:

Tiada niat
Pertamanya saya memang tak ada niat nak masuk bertanding MPP. Niat pun tak ada, nak masuk jadi MPP macam mana. Setelah 3 semester menjadi Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine, saya rasa sudah tiba masa saya menjadi pelajar biasa. Bagi peluang kepada orang lain untuk merasai pengalaman sebagai YDP pulak. Kalau dulu kita yang bersusah payah buat program, sekarang biar orang lain yang rasa pengalaman itu pulak.


Komitmen
Selain itu, komitmen juga antara punca saya tak berminat nak masuk MPP. Komitmen akan bertambah bila dah jadi MPP. Komitmen pada pelajaran, MPP dan kepada pelajar merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar pemimpin.
Pelajaran dan tugas sebagai MPP mestilah diseimbangkan. Tak boleh terlalu mementingkan MPP, sedangkan pelajaran diabaikan. Begitu juga sebaliknya. Kena seimbangkan. Saya yang tak berapa power dalam pelajaran ni memang tak boleh nak masuk MPP.

Janji
Saya tak suka untuk berjanji. Kenapa? Sebab bila berjanji kita Wajib tunaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kena tunaikan. Saya tak nak bagi harapan kepada pelajar bila saya masuk MPP. Bila manifesto, mesti ada janji yang diberikan. Saya takut tak dapat memenuhi janji yang diberikan. Tu yang tak nak masuk MPP.

Jauh dengan Pelajar
Ini adalah pandangan peribadi saya. Sebab saya tengok MPP kurang rapat dengan pelajar berbanding dengan JPK. Jangan marah kalau ada MPP atau bekas MPP yang baca entry ini. Saya lebih suka rapat dengan pelajar. Bila dalam JPK dulu, kami ada sesi Bertemu pelajar untuk mendengar masalah, kadang – kadang kita melawat rumah pelajar dan sebagainya. Diharapkan MPP yang baru dilantik perlulah lebihkan pelajar dan rapat dengan mereka. Sebab mereka yang undi anda dulu...

Jauh dengan Kawan
Bila jadi orang besar ni, memang banyak kerja dan akan jauh dengan kawan. Ini yang saya hadapi bila jadi JPK dulu. Ini lagi sebab saya tak nak masuk MPP. Jauh dengan kawan bila kita sibuk dengan kerja. Kawan yang faham tak apa, takut ada yang tak faham.

Kepada MPP FPM, sekali lagi saya ucapkan tahniah atas kemenangan anda dan selamat menjalankan tugas. Tunaikan janji yang dibuat dan buatlah program untuk Fakulti. Rapatkan diri dengan pelajar sebab tugas utama MPP adalah menjaga kebajikan pelajar Fakulti.

Selamat Maju Jaya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan