Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Rakyat Kelantan Gaji Rendah?

Imej
Pada 29 Ogos yang lalu, penulis tengok satu keratan akhbar yang dikongsi di laman instagram. Tajuk keratan akhbar tersebut adalah "Rakyat Kelantan berpendapatan paling rendah di Malaysia" seperti yang terdapat dalam gambar diatas. Rasa nak ulas pada entri kali ini. Keratan akhbar ini memaparkan kajian Keadaan Isi Rumah ke-2 yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada tahun 2016 ini mendapati lebih 30% isi rumah di Kelantan berpendapatan kurang RM 2000 sebulan. Memang semua sedia maklum akan keadaan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga rakyatnya. Tidak salah bagi saya untuk mengakui akan data-data kajian yang dijalankan tersebut. Setahu saya, lebih kurang RM 500 juta ringgit sahaja Bajet Kerajaan Negeri Kelantan setiap tahun. Dengan kewangan sejumlah yang tersebut, mana mungkin dapat memenuhi keperluan rakyat kami yang berjumlah kurang lebih 1.5 juta orang. Kilang pun tak banyak di Kelantan ni. Kawasan Perindustrian di Pengkalan Chepa adalah ka...

Minggu Mesra Mahasiswa @ Orientasi

Imej
Bila dah lama tak menulis ni, rasa kekok pula nak menulis. Biasa lah kot. Bila ada mood, baru boleh menulis di blog ni. Untuk entry kali ini, penulis ingin mencoretkan tentang Minggu Suai Kenal di IPTA/IPTS seluruh negara yang kebanyakannya masih dalam proses menerima kehadiran penuntut baru. Apa pun namanya, program itu adalah untuk meraikan kedatangan pelajar baru ke kampus pengajian dan juga bagi memberi taklimat tentang perjalanan pengajian, peraturan di tempat pengajian dan tempat tinggal pelajar serta pelbagai maklumat lagi. Teringat penulis akan kenangan ketika mula mendaftar masuk sebagai pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana pada 2010 yang lalu. Saya tak ada kawan yang masuk sekali masa tu. Memang lone ranger lah katakan. Seingat saya, masa masuk ke Kolej Kediaman Puncak Perdana tu, saya berkenalan dengan kawan dari Kedah dan negeri lain. Biasalah, sebab baru mula belajar. Macam biasalah, bila masuk ke IPTA/IPTS, bila hari penda...

Salam Aidilfitri 1437H

Imej
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Taqabbalallah Minna Waminkum

Salam Ramadhan Kareem 1437H

Imej
Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan apa, sebab kemalasan melanda diri dan tiada isu sangat nak post. Tu yang agak lama menyepi... Gambar diatas adalah dari Facebook Bahagian Dakwah JAKIM tentang situasi tarawih di seluruh negara yang berlaku kini.  Tidak dinafikan, bila dah masuk pertengahan ramadhan, maka saf untuk solat tarawih pun semakin berkurangan.  Jadinya, rebutlah peluang untuk solat tarawih sampai ke hujung ramadhan nanti. Semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi kita semua... Renung - renungkan....

Madrasah Kampung Chengal Pulas

Imej
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t yang masih lagi memberikan kesihatan dan kelapangan kepada kita semua dalam meneruskan hidup dimuka bumi ini. Semoga hari - hari yang dilalui akan bertambah amalan kita seiring dengan bertambahnya usia kita. Insyallah... Kali ini, penulis ingin berkongsi tentang peluang untuk menderma kepada mereka yang ingin mendermakan hartanya untuk digunakan di madrasah (surau) kami di Kampung Chengal Pulas dalam daerah Pasir Puteh, Kelantan. Alhamdulillah, bulan 4 yang lalu, kami (pihak AJK Madrasah Kampung Chengal Pulas) telah membuka akaun rasmi bagi madrasah ini yang bertujuan untuk memudahkan pengurusan kewangan madrasah dan memudahkan orang ramai untuk menderma. Kami memerlukan sumbangan untuk menaiktaraf beberapa infrastruktur yang terdapat di madarsah (surau) tersebut. Antaranya adalah:  Membaiki Siling Madrasah Membina Tangki Air dan Tempat Wudhuk Lelaki Menaiktaraf Sistem Pembesar Suara dan Membina Menara Azan Memoh...

Warisan Keluarga

Imej
Ini adalah salah satu dari warisan keluarga saya yang masih ada sampai sekarang dan masih lagi boleh digunakan... Namanya adalah Pengukur Kepala atau"KKoghe"

Kuatnyo Ngepeng....

Imej
Alhamdulillah....semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini... Hari ini, saja nak menulis tentang pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan secara dalam talian yang melibatkan pelbagai jenis antaranya simkad telefon, insurans, jual baju, jual makanan seperti kek adalah antara perniagaan yang sering diiklankan (dingepengkan) dalam media sosial... Terkadang rasa serabut tengok iklan - iklan seumpama itu dalam media sosial terutamanya whatsapp. Tapi, tidak boleh nak disalahkan mereka yang terlibat dalam bisness. Sebabnya, media sosial adalah salah satu cara pengiklanan yang terpantas dan paling menjimatkan berbanding dengan kaedah pengiklanan yang lain. Lebih - lebih lagi sekarang ini, golongan muda memiliki peralatan elektronik yang canggih - canggih belaka. Maklumat di hujung jari sahaja. Dalam perniagaan, PENGULANGAN ADALAH KUNCI KEPADA KEJAYAAN. Bila sesuatu barangan atau perniagaan i...

Nak Kahwin Kerrr???

Imej
Musim cuti sekolah yang lalu, ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Tidak terkecuali juga rakan - rakan penulis yang sudah melangsungkan perkahwinan masing - masing diserata pelusuk negara ini. Malangnya, saya tidak sempat untuk memenuhi undangan mereka disebabkan oleh kekangan kewangan dan jarak perjalanan yang jauh. Apa pun, saya doakan semuanya berbahagia selalu. Ingin dikongsikan hari ini adalah suatu tips yang boleh dibuat oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing - masing. Print doa pengantin besar besar. Letakkan banner yang ditulis doa pengantin seperti yang saya kongsikan diatas didepan pintu rumah atau sebelum sampai ke rumah pengantin. Tujuannya adalah supaya tetamu yang datang mendoakan pasangan dengan doa tersebut. Saya rasa ini yang paling baik dibandingkan dengan diletakkan gambar - gambar yang tidak berfaedah. Selain dapat pahala, dapat doa lagi dari hadirin yang datang.... Kepada yang akan mendirikan rumah t...

Kursus Usahawan Muda 2016

Imej
Alhamdulillah, pada 9 - 10 Mac 2016 yang lalu, penulis berkesempatan menghadiri Kursus Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Bahagian Usahawan PKINK dengan kerjasama Akademi Usahawan Muda Dewan Pemuda PAS Kelantan. Program selama 2 hari 1 malam itu diadakan di Min House Camp, Kg Pulau, Kubang Kerian.  Turut serta adalah selebriti Undangan yang juga merupakan Penceramah kami pada 2 hari tersebut adalah Fadzli Aziz UNIC yang merupakan consultant di Soul Power Consultant.. Alhamdulillah, pengisian program yang amat bermanfaat buat usahawan dan bakal usahawan yang telah menceburi bidang perniagaan. Insyallah nanti saya akan kongsikan tips dan petua yang dikongsikan. Selain itu, turut dikongsikan tentang bagaimana untuk menubuhkan syarikat, taklimat pembiayaan dari MARA dan SME Bank serta perkongsian pengalaman dari pemenang Rural Business Challenge (RBC) dari kelantan dulu. Insyallah saya akan kongsikan nanti... Perkongsian dari wakil MARA Menerima Sijil Penye...

Penternakan Ayam Kampung

Imej
Up entri satuuuu.... Lama tak menulis dalam blog ini... Alhamdulillah... Ini adalah projek terbaharu saya iaitu Penternakan Ayam Kampung yang insyallah sudah bermula minggu lepas dan akan diteruskan lagi. Dalam proses untuk menyiapkan reban ayam kampung yang lebih besar dan selesa untuk menempatkan puluhan ayam lagi yang akan dibeli nanti. Insyallah...  Alhamdulillah, reban ayam baru yang dibina oleh ayah saya sudah 90% siap. Masih menanti untuk lengkapkan bahagian pintu dan finishing. Sudah siap semua, nanti boleh digunakan. Sekaran ni, saya mencari kursus berkaitan dengan penternakan ayam kampung ini yang dianjurkan oleh pihak - pihak berkaitan. Kalau siapa - siapa ada maklumat, boleh kongsikan bagaimana nak pelihara ayam kampung ini. Terima Kasih...

Mesyuarat: Jadikan IQ Rendah???

Imej
Penulis "ditag" oleh seorang kawan di facebook tentang Mesyuarat boleh Merendahkan Kadar IQ. Di sertakan juga satu keratan akhbar tentang kajian yang dibuat oleh Virginia Tech Crilion Research yang mengatakan bahawan mesyuarat boleh melemahkan IQ. Saya tidak menolak yang perkara ini boleh berlaku dan juga sebaliknya. Boleh dipertikaikan cara kajian yang dilakukan oleh institut ini yang mungkin tidak mengambil kira beberapa aspek yang menjadi keutamaan dalam pengendalian sesuatu mesyuarat. Kekerapan mesyuarat, masa dan cara mengendalikan mesyuarat antara aspek yang perlu diambil berat. Dalam Al Quran sendiri, dianjurkan untuk bermesyuarat sesama kita agar keputusan yang diambil itu lebih baik dan kolektif. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al Syura, ayat 38 yang bermaksud: "Dan juga orang - orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara mesyuarat bermesyuarat sesam...

Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi

Imej
Isu Pelajar Lapar: Suatu Pandangan Peribadi [Pandangan Mahasiswa sebelum GST] Isu Pelajar Lapar menjadi viral dalam laman sosial disebabkan oleh seorang pelajar salah sebuah Universiti Awam (UA) yang diberitakan sakit kerana tidak makan, dek kerana kekurangan duit belanja di universiti dan kenaikan kos hidup ketika belajar. Kebenaran tentang isu ini memang benar – benar terjadi kerana ada suatu kajian yang telah dilakukan oleh pihak tertentu tentang isu ini. Keputusannya amat mengejutkan kerana sebilangan besar responden yang ditemu bual dalam kajian itu mengakui mereka memang “berlapar” di UA yang terlibat dalam kajian tersebut. Antara sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup pasca GST dan juga sikap pelajar itu sendiri. Itu antara sebab utama yang penulis lihat yang menjadi punca kepada permasalahan ini selain isu kemiskinan pelajar yang belajar di UA atau Universiti Swasta di negara ini. Ada beberapa cadangan ya...

[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan

Imej
[Throwback]: Balai Seni Lukis Kelantan Lawatan ke Balai Seni Lukis Kelantan telah berlangsung sama tarikh dengan Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Kelantan pada 10 Disember 2015 yang lalu. Cuma saya buat entri yang berasingan bagi mengulas tentang lawatan di Balai Seni lukis ini dengan lebih mendalam sikit. Jom kita baca dulu tentang Balai Seni Lukis Kelantan ni sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Bangunan asal Balai Seni Lukis Kelantan ialah di Bangunan Muzium Perang (Bank Kerapu) yang terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Baharu. Balai Seni Lukis Kelantan telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan pada 10 Syaaban 1408 Hijrah bersamaan dengan 28 Mac 1988. Pada tahun 1992, Balai Seni Lukis Kelantan telah dipindahkan ke Muzium Negeri Kelantan kerana kerja – kerja pengubahsuaian Bank Kerapu telah mula dilakukan untuk dijadikan Memorial Peperangan Dunia...

[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan

Imej
[Throwback]: Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan Pada 10 Disember 2015 yang lalu, saya bersama - sama dengan kakak saya serta 3 orang anak sedara saya telah melawat Pameran Pendidikan Perdana di Muzium Negeri Kelantan. Program dengan tajaan penuh kakak saya ini memaparkan pameran Misteri Firaun: Musuh Para Nabi, Tok Janggut: Pahlawan Melayu Kelantan dan Pameran Sultan Muhammad Al Fateh: Penakluk Konstantinopel. Pameran ini telah berlangsung pada 20 Oktober 2015 sehingga 31 Januari 2016 nanti. Kepada yang belum pergi dan berminat untuk ke pameran berkenaan, saya alu - alukan kedatangan anda ke Muzium Negeri Kelantan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Muzium Negeri Kelantan ini. Sedikit maklumat tentang muzium ini sebagaimana yang terdapat dalam risalah Muzium Kelantan yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Bangunan ini pada asalnya adalah merupakan Pejabat Majlis Band...

[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah

Imej
[Throwback]: Pengembaraan Naik Kereta Api di Tanah Merah Pada 17 Disember 2015 yang lalu, saya dengan beberapa orang peserta rombongan dari KG Chengal Pulas seramai 14 orang naik Kereta Api bersama - sama anak sedara telah menempuhi pengalaman yang menyeronokkan dalam perjalanan Kereta Api dari Tanah Merah ke Tumpat dan berpatah balik dari Tumpat ke Tanah Merah. Sekadar untuk pengalaman anak - anak sedara lah yang tak pernah naik pengangkutan awam ini. Secara jujurnya, penulis pun pertama kali menaiki Kereta Api selama hidup 25 tahun ini. Selalu naik bas lah yang menjadi pengangkutan awam semasa belajar dulu. Sebenarnya, dah lama rancang nak naik Kereta Api ni. Dah beberapa bulan lalu lagi nak naik. Sebab dah ada orang kampung saya yang dah naik Kereta Api ni. Bila dengar pengalaman yang dikongsikan, rasa nak naik jugak lah. Alhamdulillah, cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga dan beberapa orang lain (waris terdekat) berkesempatan naik Kereta Api. Saja lah nak am...