Konvokesyen Sidang 80: Semakin Membahang
Assalamualaikum semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya.
Semalam, 4 Mei 2013, saya bersama - sama dengan beberapa orang rakan ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di UiTM Shah Alam untuk ambil jubah kepada "teman istimewa" kawan saya. Makwe nya akan konvo 15 Mei 2014 yang akan datang. Saja lah temankan kawan sambil jalan - jalan makan angin. Memang ramai lah orang disana dengan pelbagai ragam dan perangai yang dapat disaksikan oleh kami. Ada yang mencuit hati dan ada juga yang agak pelik.
Insyallah, kami akan bergraduasi pada 18 Mei 2014 dengan didahului dengan rehearsal dan pengambilan jubah pada 17 Mei 2014 yang akan datang. Bila tengok orang lain dah ambil jubah dan dah selfie dengan jubah masing - masing, perasaan gembira dicampur dengan perasaan yang tidak menentu dalam menunggu giliran untuk berkonvo kali ini.
Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan konvokesyen pada kali ini. Bayar Bil Konvo sudah, Kajian Pengesanan Graduan pun sudah buat serta Borang Konvo juga sudah siap diisi, hanya menanti masa dan waktu untuk majlis yang bersejarah bagi diri saya dan juga rakan - rakan yang lain nanti.
Bila disemak Senarai Nama dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80 bagi Sidang 10 yang akan berlangsung pada 18 Mei 2014 (Ahad), ada 871 graduan yang akan meneria skrol masing - masing pada hari tersebut. Apa yang menjadi kesusahan kepada saya ketika ini adalah berkenaan dengan KAD JEMPUTAN dan PELEKAT KENDERAAN yang perlu dibawa oleh tetamu bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen nanti. Kad dan pelekat kenderaan tersebut akan diberi kepada graduan semasa mengambil jubah akademik nanti.
Yang menjadi masalah sekarang adalah macam mana saya nak berikan kad jemputan dan pelekat kenderaan tu kepada keluarga saya yang insyallah akan berada dirumah kakak saya di Bandar Seri Permaisuri, Cheras nanti. Nak kena cari kenderaan nampak gayanya nak kesana. Insyallah, akan dibincangkan dengan ahli keluarga nanti macam mana nak selesaikan masalah ini.
Kepada rakan - rakan sekalian, mohon didoakan agar majlis yang akan berlangsung nanti dalam keadaan aman dan berjalan dengan lancar, diberikan kesihatan yang baik kepada semua graduan dan para tetamu yang akan hadir.
Serai wangi ada? nak memasak nie.
BalasPadam