[Entri Tertunda]: Malam Puncak Perdana Beristighfar 2014


Kad Jemputan & Peta Laluan ke Majlis untuk saya

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni, saya akan kongsikan berkenaan dengan kalian semua tentang Majlis Puncak Perdana Beistighfar 2014 yang telah selamat berlangsung pada 15 Mei 2014 yang lalu bertempat di Kolej Jasmine, UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. Program anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapat sambutan yang hangat dari warga kolej dan warga sekitar Puncak Perdana.

Saya dimaklumkan oleh pengacara majlis, terdapat juga hadirin dari UiTM Puncak Alam, UiTM Shah Alam dan juga dif - dif kehormat dari Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Alhamdulillah, program ini merupakan program kedua yang dianjurkan oleh JAIS di Kolej Jasmine seingat saya. Program pertama adalah Zina: Maksiat Paling Dilaknat Allah s.w.t. Pada program tersebut, saya bertindak sebagai Moderator Forum yang diadakan di Surau Iqra', Kolej Jasmine.

Program Malam Puncak Perdana Beristighfar yang diadakan mendapat sambutan baik dari pelajar di kolej. Pada anggaran saya, kehadiran pada malam tersebut ada dalam sekitar 700 orang - 900 orang. Ada makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur untuk menarik minat penonton.

Program dimulakan dengan Solat Berjamaah Maghrib yang diimamkan oleh Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Alunan zikir munajat yang dialunkan oleh sheikh amat menarik sekali.

Sheikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki sedang mengalunkan zikir munajat

Sejurus usai zikir munajat, program diteruskan dengan Forum Isra' Mikraj di perkarangan Surau Iqra', Kolej Jasmine. Alhamdulillah, program mendapat sokongan yang baik dari warga kolej dengan ahli panel dan moderator yang sporting dan menarik. Selain itu, jamuan makan juga disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk 1000 orang.

Moderator & Panel di Pentas Utama Forum
Antara pengunjung yang menghadiri program malam tersebut
Antara AJK Program Malam Puncak Perdana Beristighfar
Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan pada masa - masa akan datang agar sinar Islam dapat ditegakkan di Bumi Puncak Perdana.

Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki dalam program ini untuk masa mendatang...

p/s: gambar dari facebook AJK program:)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan