Cari Kerja: Antara Jawatan, Gaji & Lokasi



Assalamualaikum W.B.T kepada semua

Dalam entri ini, saya ingin berkongsi pandangan peribadi tentang pekerjaan. Memangdangkan saya masih lagi tergolong dalam golongan penganggur, entri ini adalah berkaitan dengan pencarian kerja lah.

Ramai orang yang belum bekerja seperti saya disuruh untuk memilih apa - apa kerja yang ada sahaja. Jangan memilih kerja dan sebagainya.

Antara ayat yang biasa diungkapkan seperti "ko try je mohon, mana tahu dapat". Memanglah dalam dunia sekarang, mahasiswa/i yang baru bergraduasi tidak lagi terjamin kerjaya mereka dalam bidang yang diingini. Memang sekarang ini, mahasiswa tak boleh lagi memilih kerja yang diingini dalam bidang yang dipelajari masing - masing sahaja. Tak semestinya bidang yang dipelajari itulah yang akan kita kerja nanti. Sebagai contoh, lepasan perguruan mungkin menjadi seorang usahawan. Perkara yang tidak mustahil berlaku.

Dalam pada stigma yang mengatakan "jangan memilih kerja", ada bebeberapa faktor lain yang saya rasakan perlu diambil kira dalam mencari kerja, terutama bagi golongan "fresh graduates" seperti saya.

Jawatan

Dalam memilih pekerjaan, saya pasti salah satu aspek yang diambil kira oleh pencari kerja adalah jenis jawatan. Mestilah yang ingin dipilih itu bersesuaian dengan kelulusan yang diperoleh. Ijazah jawatannya Pegawai, Diploma sebagai Penolong Pegawai dan sebagainya. Ada kala sifat sebagini memang mempengaruhi pemilihan kerja.

Sektor pekerjaan samada kerajaan dan swasta juga memainkan peranan. Memang tidak dinafikan kebanyakan kami ingin bekerja dalam sektor kerajaan disebabkan beberapa kelebihan yang akan diterima sekiranya bekerja dalam kerajaan berbanding dengan kerja di sektor swasta. Banyaklah kelebihan yang diterima jika bergelar Penjawat Awam. Tak perlulah diulas disini apa kelebihan yang bakal diperoleh kerana saya tahu pembaca lebih arif tentangnya daripada saya.

Gaji

Gaji yang ditawarkan untuk suatu jawatan itu juga akan dinilai oleh pencari kerja. Memanglah, semua nak gaji atau bayaran yang sepadan dengan kelulusan. Nak gaji yang tinggi. Tak payah tipulah kalau ada yang berpuas hati dengan gaji rendah. Dengan kos sara hidup yang tinggi, keperluan untuk membayar pinjaman PTPTN, bayar sewa rumah dan pelbagai perkara lain yang perlu dilakukan menyebabkan kerja yang bergaji tinggi menjadi pilihan utama.

Lokasi 

Tempat kerja dan masa juga antara yang dilihat dalam memilih kerja. Tak boleh lah nak main redah je nak mohon sesuatu jawatan. Bagi saya sendiri, saya memilih untuk kerja di negeri Selangor dan Kelantan. Setakat ini, belum ada rasanya permohonan untuk bekerja di luar disebabkan oleh kekangan untuk mencari rumah dan kenderaan. Kalau di Selangor, ada kenalan yang sudah bekerja disini. Insyallah masalah ini boleh dikurangkan sedikit.

Setiap orang rasanya nak bekerja dekat dengan rumah masing - masing. Sama jugalah dengan saya. Namun, itu semua memerlukan penilaian yang cukup teliti dalam memilih tempat kerja. Saya cenderung untuk memilih kawasan yang kurang padat atau tidak mengalami kesesakan lalu linta yang teruk. Tapi, macam mustahil nak dapat tempat macam tu di Selangor ni.

Apa yang perlu dibuat sekarang ini untuk sang pencari kerja adalah memohon kerja mengikut kelulusan yang diperlukan oleh syarikat tersebut. Ada syarat - syarat yang perlu dipenuhi sebelum memohon sesuatu jawatan samada dalam sektor awam atau swasta.

Selain panjatkan DOA pada ALLAH s.w.t agar dipermudahkan segala urusan kita.

ALLAH s.w.t adalah sebaik - baik perancang dan pemberi rezeki pada hamba - hambanya.

Ulasan

Catat Ulasan

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan