[Entri Tertunda]: Telesales Executive Maybank



Assalamualaikum W.B.T

Hari ini ingin dikongsikan tentang interview yang saya hadiri bersama - sama Mohd Azwan bin Sobri di Kelly Services (M) Sdn Bhd di Level 29, Menara Bank Islam, No 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur pada 21 Mei 2014 yang lalu untuk jawatan Telesales Executives. Ini adalah temuduga kedua saya selepas Prism beberapa bulan yang lalu. 

Bila pertama kali saya lihat jawatan ini dalam Jobstreet, tergerak hati untuk memohon jawatan ini walaupun tak tahu apa benda jawatan dan skop kerja. Saya mohon jawatan ni dalam Jobstreet pada 20 Mei 2014 yang lalu dalam sekitar jam 7.30 pagi. Dah siap mohon, study sedikit berkenaan dengan tugasan jawatan ini. Dipendekkan cerita, 21 Mei dapat panggilan dari En Mohd Izuan dari Kelly tentang jemputan untuk menghadiri temuduga di Menara Bank Islam tu. Agak terkejut sebab tak sampai sehari isi jawatan dah dipanggil untuk temuduga.

Sebelum pergi temuduga tu, saya studylah sedikit berkenaan dengan jawatan ini. Secara mudahnya, tugas Telesales Exec ini untuk mempromosikan dan menjual produk dari Maybank dengan telefon. Memang 50 - 50 nak terima ke tak. Akhir sekali, kami berdua pergi menghadiri temuduga itu. Siap temuduga dalam pukul 1.30 petang, kami makan tengahari dan solat zohor. Insyallah dalam 2 minggu lagi pihak Maybank akan telefon samada berjaya atau tidak. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada pun, sekurang - kurangnya ada pengalaman hadir temuduga.

Banyak perkara yang kami belajar semasa menghadiri sesi temuduga ini. Pengalaman naik LRT dan berjalan kaki sekitar KL, bertanya dengan orang asing tentang lokasi temuduga antara yang akan diingati sampai bila - bila. Ini kali kedua saya naik LRT. Maklumlah, orang kampung katakan. Memang kami banyak belajar tentang pelbagai perkara baru.

Dalam sesi temuduga itu, antara soalan yang ditanyakan kepada saya adalah berkenaan dengan "what do you think about credit card?". Soalan dan jawapan dalam BI. Memang kena speaking lah katanya. Walaupun BI saya tak lah power sangat, tapi rasa boleh lah...

Saya jawab kad kredit ada pro dan kontra. Ada keburukan dan kebaikan. Kalau pandai urus bajet bulanan dan boleh bezakan antara barang keperluan dan kehendak, boleh bayar setiap bulan kad kredit tu, tidak menjadi masalah untuk menggunakannya. Dari segi keselamatan pun lebih selamat dari membawa wang tunai untuk membeli belah. Apa pun, bergantung pada diri sendiri. Kalau pandai urus, boleh guna kad kredit. Kalau sebaliknya, baik tak payah. Bak kata orang putih "If you are fail to plan, you are planning to fail". Semua bergantung pada diri sendiri.                  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan