Thursday, 22 May 2014

[Entri Tertunda]: Konvokesyen ke 80 (Sidang 10)


Assalamualaikum W.B.T

Entri kali ini berkaitan dengan Konvokesyen ke 80 Sidang 10 yang telah selamat berlangsung pada 18 Mei 2014 yang lalu. Maklumlah, sebab tak ada kamera yang canggih atau monopod yang power, entri ini terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada gambar yang akan dipostkan oleh rakan - rakan yang lain. Dah diorang post dalam group facebook dan dekat wall masing - masing, inilah masanya nak ambik....hu3

Bila masa konvo tu, memang kelakarlah gelagat masing - masing. Nak pula kami sekelas memang "havoc" sebab semua satu kepala katakan walaupun ada geng masing - masing. Tengoklah gambar di bawah ni....

Dalam dewan pun boleh berselfie siap pakai monopod lagi tu....masa orang sedang naik pentas untuk terima Ijazah dan Diploma masing - masing. Sampaikan pensyarah kami memberikan isyarat untuk perlahankan suara kerana majlis masih berlangsung.

Apa pun, masing - masing sudah selamat berkonvo. Ada yang sudah bekerja dan ada juga yang masih mencari - cari kerja seperti saya. Insyallah, semua rezeki sudah ditetapkan oleh Alla s.w.t. Hanya usaha dan doa diperlukan untuk mendapatnya.

Semoga semua berjaya diluar sana nanti.

Gambar ketika perbarisan graduan
Gambar luar dewan bersama Asyraf dan Fazli
Gambar oleh Encik Zairol: Masa tengah ambil sijil dengan Pro Canselor







Gambar diatas semuanya diambil dari facebook rakan - rakan yang ambil gambar menggunakan telefon pintar dan monopod masing - masing. Maklumlah, saya tak ada telefon canggih lagi. Hu3...

Semoga kita berjumpa semula suatu hari nanti.

Gambar dari Monopod Afiqah Zubir.

6 comments:

  1. tahniah syawal.. aku takde pong..

    ReplyDelete
  2. ni pun kena tunggu diorang upload....baru boleh ambik....hu3

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya saya sangat jeles dengan orang yang konvo.

    ReplyDelete
  4. Konvo ni bukan jaminan kerja. Sijil yang kami dapat ni pun sebagai tiket untuk mohon kerja. Majikan lebih tengok pengalaman dan kemahiran berbanding kelulusan yang diperoleh

    ReplyDelete
  5. @Muhammad Syawal Bin Mat Ghani Taw.. tapi pengalaman konvo tu mesti best kan? :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...best....jumpa kawan lama....sangat best

    ReplyDelete

Assalamualaikum W.B.T

Cer Komen SIkit...hi3

Kutipan Derma