Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

[Entri Tertunda]: Telesales Executive Maybank

Imej
Assalamualaikum W.B.T Hari ini ingin dikongsikan tentang interview yang saya hadiri bersama - sama Mohd Azwan bin Sobri di Kelly Services (M) Sdn Bhd di  Level 29, Menara Bank Islam, No 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur pada 21 Mei 2014 yang lalu untuk jawatan Telesales Executives. Ini adalah temuduga kedua saya selepas Prism beberapa bulan yang lalu.   Bila pertama kali saya lihat jawatan ini dalam Jobstreet, tergerak hati untuk memohon jawatan ini walaupun tak tahu apa benda jawatan dan skop kerja. Saya mohon jawatan ni dalam Jobstreet pada 20 Mei 2014 yang lalu dalam sekitar jam 7.30 pagi. Dah siap mohon, study sedikit berkenaan dengan tugasan jawatan ini. Dipendekkan cerita, 21 Mei dapat panggilan dari En Mohd Izuan dari Kelly tentang jemputan untuk menghadiri temuduga di Menara Bank Islam tu. Agak terkejut sebab tak sampai sehari isi jawatan dah dipanggil untuk temuduga. Sebelum pergi temuduga tu, saya studylah sedikit berkenaan dengan jawatan ini. Se...

[Entri Tertunda]: Malam Puncak Perdana Beristighfar 2014

Imej
Kad Jemputan & Peta Laluan ke Majlis untuk saya Assalamualaikum W.B.T Hari ni, saya akan kongsikan berkenaan dengan kalian semua tentang Majlis Puncak Perdana Beistighfar 2014 yang telah selamat berlangsung pada 15 Mei 2014 yang lalu bertempat di Kolej Jasmine, UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. Program anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapat sambutan yang hangat dari warga kolej dan warga sekitar Puncak Perdana. Saya dimaklumkan oleh pengacara majlis, terdapat juga hadirin dari UiTM Puncak Alam, UiTM Shah Alam dan juga dif - dif kehormat dari Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Alhamdulillah, program ini merupakan program kedua yang dianjurkan oleh JAIS di Kolej Jasmine seingat saya. Program pertama adalah Zina: Maksiat Paling Dilaknat Allah s.w.t. Pada program tersebut, saya bertindak sebagai Moderator Forum yang diadakan di Surau Iqra',...

[Entri Tertunda]: Konvokesyen ke 80 (Sidang 10)

Imej
Assalamualaikum W.B.T Entri kali ini berkaitan dengan Konvokesyen ke 80 Sidang 10 yang telah selamat berlangsung pada 18 Mei 2014 yang lalu. Maklumlah, sebab tak ada kamera yang canggih atau monopod yang power, entri ini terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada gambar yang akan dipostkan oleh rakan - rakan yang lain. Dah diorang post dalam group facebook dan dekat wall masing - masing, inilah masanya nak ambik....hu3 Bila masa konvo tu, memang kelakarlah gelagat masing - masing. Nak pula kami sekelas memang "havoc" sebab semua satu kepala katakan walaupun ada geng masing - masing. Tengoklah gambar di bawah ni.... Dalam dewan pun boleh berselfie siap pakai monopod lagi tu....masa orang sedang naik pentas untuk terima Ijazah dan Diploma masing - masing. Sampaikan pensyarah kami memberikan isyarat untuk perlahankan suara kerana majlis masih berlangsung. Apa pun, masing - masing sudah selamat berkonvo. Ada yang sudah bekerja dan ada juga yang masih mencar...

Nafsu dan Vaksinnya...

Imej
Kenali Nafsu untuk Kendali Diri Sebahagian ulama tasawuf membahagikan peringkat-peringkat nafsu pada tahap yang berikut: Nafsu Ammarah ;   nafsu yang sangat mengajak kejahatan. Merupakan nafsu yang berada pada tahap paling jahat dan hina. Orang yang mempunyai nafsu pada tahap ammarah seronok dan sangat berbangga melakukan maksiat, serta berusaha mengajak orang lain berbuat maksiat bersama-samanya. Nafsu Lawwamah ;   bermaksud nafsu yang mencela. Nafsu pada tahap ini merupakan nafsu yang terbuai dengan kenikmatan dan maksiat yang dilakukan. Namun begitu orang yang melakukan maksiat akan segera insaf setelah berbuat dosa. Hatinya amat mudah tergoda dengan maksiat. Nafsu Mulhamah ;   bermaksud nafsu yang telah mula jinak. Orang yang nafsunya berada pada tahap ini cenderung mendapat ilham untuk melakukan kebaikan. Mereka sering berusaha memperbaiki diri dan menutup peluang untuk terjebak dalam kancah maksiat. Namun awas, nafsunya masih belum stabil. Nafsu M...

Selamat Hari Guru 2014

Imej
Assalamualaikum W.B.T kepada semua. Bersempena dengan Sambutan Hari Guru Tahun 2014 ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru saya semasa saya belajar di PASTI Kampung Telipot, guru - guru di Sekolah Kebangsaan Telosan (1997 - 2002), Sekolah Menangah Kebangsaan Jeram (2003 - 2007) dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil (2008 - 2009). Tidak lupa juga kepada semua pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana yang pernah mengajar saya selama lebih kurang 4 tahun bermula 2010 - 2014. Halalkanlah segala ilmu yang diajarkan selama ini, doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera selamanya. Dapat mencurahkan segala ilmu kepada anak bangsa yang lain. Saya sayang cikgu!!! *Di bawah ini adalah antara gambar cikgu - cikgu yang pernah mengajar saya selama 5 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dahulu* En Abdul Halim Abdullah, Pn Ai...

Ya Allah, Lemahnya Aku…

Imej
Sering kali aku bermimpi untuk mendapat syurga Firdaus Mu Namun kenapa nafsu jahat masih menguasaiku? Sering juga aku mendambakan pengampunan dosaku dari Mu Namun kenapa aku masih memanjakan nafsuku? Sering kali ku bermunajat padaMu di kala kesusahanku Namun kenapa aku masih memilih nafsu daripada Mu? Ya Allah….lemahnya aku.. Sering kali kutangisi dosa- dosaku pada Mu Namun kenapa aku masih kembali kepada dosa itu? Ya Allah…lemahnya aku.. Walaupun ku lemah Namun  Akan ku terus bermimpi untuk peroleh syurgamu.. Akan terus berjuang memohon keampunanmu.. Akan terus bermunajat pada-Mu selalu Mog Engkau menolongku di kala kesusahanku Bersamaku dikala kesenanganku Ya Allah Bantulah aku untuk mendekati Mu Terimalah aku untuk meraih simpati Mu Bantulah aku untuk memiliki kasih Mu Ya Allah Aku kan terus kuat untuk ku melupakan nafsuku.. Aku kan terus menggapai redha Mu sehingga aku menutup mataku.. Musafir Timur. (2011). Sina...

Hari Ibu: Boleh ke Tidak Sambut?

Imej
Sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam: Mufti Kelantan KUALA LUMPUR: Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.  "Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?  "Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu. "Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut ...

Puncak Perdana Beristighfar 2014

Imej
   Dijemput hadir beramai - ramai memeriahkan program.

Cari Kerja: Antara Jawatan, Gaji & Lokasi

Imej
Assalamualaikum W.B.T kepada semua Dalam entri ini, saya ingin berkongsi pandangan peribadi tentang pekerjaan. Memangdangkan saya masih lagi tergolong dalam golongan penganggur, entri ini adalah berkaitan dengan pencarian kerja lah. Ramai orang yang belum bekerja seperti saya disuruh untuk memilih apa - apa kerja yang ada sahaja. Jangan memilih kerja dan sebagainya. Antara ayat yang biasa diungkapkan seperti "ko try je mohon, mana tahu dapat". Memanglah dalam dunia sekarang, mahasiswa/i yang baru bergraduasi tidak lagi terjamin kerjaya mereka dalam bidang yang diingini. Memang sekarang ini, mahasiswa tak boleh lagi memilih kerja yang diingini dalam bidang yang dipelajari masing - masing sahaja. Tak semestinya bidang yang dipelajari itulah yang akan kita kerja nanti. Sebagai contoh, lepasan perguruan mungkin menjadi seorang usahawan. Perkara yang tidak mustahil berlaku. Dalam pada stigma yang mengatakan "jangan memilih kerja", ada bebeberapa fa...

Konvokesyen Sidang 80: Semakin Membahang

Imej
Assalamualaikum semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Semalam, 4 Mei 2013, saya bersama - sama dengan beberapa orang rakan ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di UiTM Shah Alam untuk ambil jubah kepada "teman istimewa" kawan saya. Makwe nya akan konvo 15 Mei 2014 yang akan datang. Saja lah temankan kawan sambil jalan - jalan makan angin. Memang ramai lah orang disana dengan pelbagai ragam dan perangai yang dapat disaksikan oleh kami. Ada yang mencuit hati dan ada juga yang agak pelik. Insyallah, kami akan bergraduasi pada 18 Mei 2014 dengan didahului dengan rehearsal dan pengambilan jubah pada 17 Mei 2014 yang akan datang. Bila tengok orang lain dah ambil jubah dan dah selfie dengan jubah masing - masing, perasaan gembira dicampur dengan perasaan yang tidak menentu dalam menunggu giliran untuk berkonvo kali ini. Alhamdulillah, saya sudah menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan konvokesyen pada kali ini. Bayar Bil Konvo sudah, Kajian Pengesanan...

Syarikat 3 Tahun...

Imej
Assalamualaikum semua...Semoga sihat selalu. Fikir - fikir nak tulis apa ek?? Teringat post kat facebook yang dipost lama dulu. Selama 3 tahun belajar di UiTM Puncak Perdana, telah banyak syarikat yang telah saya tubuhkan bersama - sama rakan kongsi.....Tetapi, hanya atas kertas sahaja... Ini semua kenangan bila belajar di UiTM dulu. Kena buat group dalam subjek tertentu. Kalau betul - betul, dah kayo den mungkin lebih kayo dari Bill Gates kot.... Sem 1: MGT 420 – Perdana Holding Berhad Sem 2: ENT 300 - Billionaire Enterprise Sdn Bhd Sem 2: IMR 454 - Excellent Records Center Sdn Bhd Sem 3: IMR 505 – Excellent Archive Sem 5: IMR 606 – E-Syahadah Techno Sdn Bhd Sem 6: 3P – Focus Event Management (FEM) Sdn Bhd Sem 6: IMR 665 – Care of Audiovisual Records (CARE) Archive Sem 6: IMS 556 - Creative Consultation Sdn Bhd (CCSB)

Marah dan Pemarah?

Imej
Menangani Marah: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah [Dipetik dari ceramah Dr Fadzillah Kamsah dan Ustaz Kazim Elias] Cuba renungkan seorang diri, bilakah kesabaran anda yang terakhir tercabar? Meletup? Ada sebab dan punca mengapa kita marah. Punca hilang pertimbangan dan marah: Diganggu oleh orang lain Diejek perli, dikutuk, hina Tidak diendah oleh orang lain Orang lain ambil hak kita: parking kereta diambil orang Orang cabar kebolehan kita Orang tak hormat kita Diberi nasihat tanpa diminta oleh kita Bila bertungkus-lumus buat kerja, tak dihargai, malah dikomen Rendah diri keterlaluan Peristiwa lampau yang diingati Sebab masalah kesihatan, hormon tak seimbang Terlampau banyak stress Personaliti yang panas baran: cara dididik oleh orang tua, suasana dibesarkan, mak marah masa mengandung Sifat tak mahu kalah atau mengalah Kesan – kesan marah Kesihatan fizikal dipengaruhi. kalau marah, mudah sakit Orang pemarah cepat tua Mudah kena sakit jantung ...