Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

UPSR 5A: Tunai Janji

Imej
Bila berjanji, wajib ditunaikan kan?.  Alhamdulillah, dua minggu lepas, dapatlah melunaskan janji nak belanja KFC anak saudara, Mirza Ayuni yang dapat 5A dalam UPSR dulu. Dah janji, tunaikanlah. Tapi, saya tak bagi duit cash. Dia nak beli buku. Jadi kami ke Muda Osman untuk beli buku. Semua judul buku yang dibeli adalah pilihan dia sendiri... Apa pun, perjalanannya masih jauh dan penuh dugaan serta cabaran menanti. Semoga anak saudara sulungku ini dapat melangkah ke hadapan dengan semangat dan jiwa kental untuk berjaya didunia dan akhirat. Saja post gambar makan KFC

Banjir: Musibah dan Ujian Ilahi

Imej
Terminal Bas Pasir Puteh ditenggelami air bah Musim Tengkujuh yang melanda Negeri - Negeri Pantai Timur serta beberapa negeri lain di Malaysia merupakan Musibah dan Ujian dari Allah s.w.t. Khusus di Negeri Kelantan, keadaan banjir tahun ini antara yang terburuk berbanding tahun lepas. Manakan tidak, seingat saya Bandar Pasir Puteh (Stesen Bas dan kawasan sekitarnya) tidak pernah dinaiki air sehebat tahun ini. Tak dapatlah nak ke bandar untuk buat apa - apa urusan buat masa ini disebabkan oleh beberapa jalan dinaiki air. Gambar diatas dikongsikan buat tatapan umum. Ada yang dikongsi oleh rakan maya lain. Selebihnya, gambar sekitar Jalan Machang - Pasir Puteh Lama. Kepada yang membaca blog ini, sama - sama kita doakan mereka yang terlibat banjir agar diberikan ketabahan dalam menghadapi Ujian dan Musibah ini. Dan semoga banjr ini akan beransur surut nanti. Panjatkan doa dan apa bentuk pertolongan agar diringankan beban yang ditanggung ini. Ya Alla...

Rasuah: Sebuah Catatan...

Imej
Rasuah mempunyai pelbagai definisi dan panggilan yang boleh diberikan dan digunakan oleh pelbagai pihak. Ada yang panggil Suapan, Duit Kopi dan sebagainya. Dari segi definisi pula, kalimah Rasuah berbeza maksudnya antara satu pihak dengan pihak yang lain. Namun, itu bukan menjadi masalah utama yang perlu dibahaskan. Apa yang paling utama adalah "apa sebab rasuah berlaku dan apa yang perlu dibuat untuk mengurangkan dan mengatasi masalah itu". Secara umumnya, pada pandangan saya Rasuah bermaksud sesuatu perkara atau pemberian yang dilakukan atau diberikan untuk memperoleh sesuatu keuntungan daripada pemberian/ hadiah/ ganjaran dan sebagainya yang dibuat samada oleh orang perseorangan atau organisasi. Manakala menurut Oxford Advance Learners Dictionary, Corruption mean  dishonest or illegal behaviour, especially of people in authority. Ini adalah tafsiran saya sendiri, mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Bergantung pada diri masing - masing. Tent...

Tanggungjawab/ Amanah Kita

Imej
Tanggungjawab/ Amanah Kita Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan Sumber Video: Abu Khadijah Studio Ada 3 yang utama: Amanah kepada Allah s.w.t Amanah kepada Alam Sekitar Amanah kepada Manusia lain. Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Hak Orang Islam kepada Orang Islam yang lain ada 6 Perkara adalah: Beri Salam kepada orang lain. Dijemput, mesti penuhi jemputan. Beri nasihat bila diminta. Bila bersin, doakan mereka. Bila sakit, pergi melawat. Bila mati, ikut jenazahnya. 1. Bila berjumpa, beri salam. Perkara sunat yang lebih besar pahala dari yang wajib: - Beri Salam hukum sunat (pahala besar) dari Jawab salam  - Ambil air sembahyang awal sebelum waktu solat hukumnya sunat tapi boleh pahala besar berbanding ambil air sembahyang lewat. - Bilal hukumnya Sunat, Imam hukumnya Wajib [Pahala jadi Bilal lebih besar berbanding jadi Imam]. - Beri hutang, berjanji bayar dalam suatu tempoh, wajib beri tangguh jika ada masalah. Pahala halal hutang lebih bes...

Info Surah - Surah Pilihan

Imej
Bacalah: Surah Al Kahfi, ayat 1- 10 banyak - banyak Surah Al Zalzalah sehari 2 kali. (Dibaca sekali bersamaan Separuh Al Quran) Surah Al Kafirun baca 4 kali. (Dibaca sekali bersamaan 1/4 Al Quran) Surah Al Ikhlas 3 kali. (Dibaca sekali bersamaan 1/3 Al Quran) Surah Al Mulk, Al Sajadah, Al Waqiah, Surah Yaasin (Baca selepas Isyak/ sebelum tidur)   Sumber:    Kuliah Maghrib Kitab 40 Hadis Pilihan Ms 59   Oleh: Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Abu Khadijah Studio]  

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Imej
Gambar kilang Flextronics P3 Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini. Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai. Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang d...

Kes Buli: Salah Siapa?

Imej
Kes Buli menjadi bualan hangat pelbagai peringkat masyarakat dan juga dalam media massa susulan kes buli yang terbaru berlaku dalam negara kita beberapa minggu yang lalu. Kes Buli yang melibatkan pelajar sekolah rendah (pelajar senior dan junior). Mungkin sudah menjadi trend atau perkara biasa mutakhir ini apabila dilakukan apa – apa perkara, mesti nak upload dalam Youtube atau Facebook atau media sosial yang lain – lain. Seolah – olah ingin menunjukkan kepada dunia bahawa dia lah yang paling hebat sekarang ini. Seperti kes yang berlaku, rakaman kes buli dimuat naik dalam Youtube yang boleh ditonton oleh orang ramai bukan sahaja di negara kita malah  di seluruh dunia!. Persoalannya sekarang, kenapa kes seperti ini berlaku? Apa puncanya? Semua ini menjadi persoalan yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk mengulas isu ini. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis. Mungkin...

Halaqah TV9: 5 Fasa Masa

Imej
Oleh: Ustaz Harryanto Rizal Rokman Hadis Nabi pasal 5 Fasa masa ini membincangkan peristiwa yang akan datang. Perkataan Nabi adalah petunjuk kepada kita. Hadis 5 Fasa Masa ini merupakan berita gembira kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w. Fasa Pertama: Fasa Kenabian Nabi bersama umat ketika itu. Fasa Kedua: Fasa Khilafah, di atas jalan Nabi s.a.w (Fasa Khalifah Al Rasyidun) Fasa ini disebutkan selama 30 tahun. Fasa Ketiga: Fasa Pemerintahan yang Mengigit. Bermula dari Bani Umaiyyah dan berakhir pada Zaman Uthmaniyyah. Fasa Keempat: Pemerintahan Diktator/Pemerintahan dengan Paksaan/Penindasan. Dipanggil juga sebagai Zaman Sekularisme (Pemisahan aktiviti dari agama). Zaman kita sedang lalui sekarang. Fasa kemuncak Fasa Kelima: Fasa Khilafah, seperti mana zaman Rasulullah s.a.w.

Bubur Asyura Surau Taman Sungai Bakap Permai

Imej
Pada 9 November 2014 yang lalu, kami berkesempatan bersama - sama penduduk Muslim di Taman Sungai Bakap Permai, Sungai Jawi, Pulau Pinang menyediakan Bubur Asyura sempena Bulan Awal Muharram 1436 Hijriah bersamaan dengan tahun 2014 Masihi. Memang terdapat banyak perbezaan antara Bubur Asyura Kelantan dan Bubur Asyura Sungai Bakap ni. Dan menurut penduduk, bubur asyura juga ada beza antara daerah di Pulau Pinang ni. Antara bahan yang dimasukkan dalam penyediaan bubur adalah seperti Kacang Merah, Kacang Hijau, Ubi Keledek dan Jagung. Cara pembuatannya tidaklah serumit mana. Cuma mengambil masa yang agak lama untuk masak. Gambar kenangan memasak Bubur Asyura: Makan lepas masak..panas - panas sedap sikit Dimasukkan kedalam tupperware untuk diagihkan kepada orang lain

7 Pesanan

Imej
Forum: Assalamualaikum Bro….Bila Lagi? Ustaz Aswad bin Nasron Kata Nabi: Dua perkara/nikmat yang manusia lupa/abaikan iaitu masa lapang dan masa sihat. Nabi Bersabda: Segeralah kamu melakukan amal soleh sebelum datang 7 perkara:   Jangan tunggu jadi miskin yang melupakan Allah s.w.t Jangan tunggu sehingga kaya yang melampaui batas. Jangan tunggu sampai sakit yang merosakkan badan. Jangan tunggu bila tua yang melemahkan tubuh badan/mencacatkan jalan. Jangan tunggu sampai mati bila nak beribadah kepada Allah s.w.t. Jangan tunggu timbulnya Dajjal baru nak beribadah. Jangan tunggu timbulnya Kiamat baru nak beribadat.

3 Pesanan Ustaz Abdullah Khairi

Imej
Pesanan ustaz buat pasangan Suami dan Isteri untuk kebahagiaan rumah tangga anda. Insyallah... Pesanan buat si Suami: Jadilah pendengar yang setia kepada pasangan anda. Ubah Lidah (puji pasangan sekali sekala). Sentiasa Bertolak Ansur. Pesanan buat si Isteri Berikan khidmat terbaik buat suami anda. Makan sekali dengan suami/temankan suami makan. Masa tidur, tengok muka suami dan berdoa ya ng baik - baik.

Karnival Kerjaya Machang 2014

Imej
Hari ini telah berlangsungnya karnival kerjaya di Dewan Majlis Daerah Machang.. Berkesempatan menyertainya dan ada berita gembira nak dikongsikan... Tunggu entri seterusnya...

PTD Outreach 2014

Imej
Hari ini, telah berlangsungnya Outreach Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M 41 bertempat di Politeknik Kota Bharu, KM 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. Sepanjang pengamatan saya, jumlah peserta yang hadir lebih kurang 100 orang untuk sesi 9.00 pagi - 11.00 pagi tadi. Sebanyak empat sesi dijalankan kursus kepada calon - calon PTD M41 2014 iaitu 9.00 - 11.00 pagi, 11.00 - 1.00 petang, 2.00 - 4.00 petang dan 4.00 - 6.00 petang. Ada beberapa perkongsian yang boleh dikongsikan untuk panduan semua. Maklumat am mengenai PTD M41. Permohonan untuk jawatan ini: 134, 391 orang. Calon yang layak mengikut skim perkhidmatan: 131, 815 orang. (CGPA 3.0 dan keatas) Calon layak menduduki ujian: 77, 766 orang. Kalau tak silap dengar tadi, yang diperlukan tahun ini adalah seramai 300 orang sahaja utuk jawatan PTD ni. Memang pening kepala SPA nak pilih. Setelah calon lulus ujian peperiksaan online, proses seterusnya adalah dipanggil untuk temuduga. Tahun ini masih ...

Syarat Masuk IPTA: Pandangan Peribadi

Imej
MUET: Penjelasan Perlu Dijalankan Pada Pembentangan BAJET 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat lepas 10 Oktober 2014, dilontarkan cadangan untuk meningkatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarat untuk pengijazahan. Syaratnya ialah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu seperti dalam jadual di atas. Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya itu turut menyarankan agar institusi pengajian tinggi swasta melaksanakan langkah yang sama. Katanya, pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1. MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada saya, secara dasarnya menyokong pelaksanaan cadangan ini. Cuma, terdapat beberapa “pro and cons” yang perlu diambil kira oleh pihak kementerian dalam melaksanakan cadangan ini. Penjelasan tentang cadangan in...

Jom Cakna pada Masyarakat

Imej
Entri kali ini merupakan suatu muhasabah yang ingin dikongsikan oleh saya melalui pengalaman peribadi. Semoga perkongsian kali ini boleh memberi sesuatu perkara yang berguna buat saya dan semua pembaca. Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran tetangga merupakan mereka yang tinggal berdekatan dengan kita. Mereka merupakan individu yang terdekat untuk kita meminta pertolongan dan bantuan bila ada sesuatu kemaslahatan atau sebagainya. Sifir yang mudah untuk diikuti oleh kita adalah bila kita buat senang dengan orang lain, orang lain akan buat senang juga kepada kita. Dan begitulah sebaliknya berlaku. Jika nak orang cakna pada kita, maka kita juga perlu cakna pada orang lain.

Master on the Way

Imej
  Memang menjadi hasrat terpendam saya untuk menyambung semula pengajian di peringkat Master, setelah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Rekod dahulu. Insyallah, jika panjang umur dan murah rezeki, cadangnya nak sambung belajar tahun hadapan. Ada dua tiga orang kawan saya yang sekarang ini menyambung pengajian mereka di peringkat Master di UiTM Kampus Puncak Perdana secara Sepenuh Masa. Saya tak nak buat sepenuh masa disebabkan oleh beberapa faktor yang dimaklumkan setelah berbincang dengan beberapa orang yang berpengalaman. Dicadangkan kepada saya buat Part Time Master sambil kerja. Memang nak bekerja sambil belajar. Dalam masa dapat ilmu baru bila sambung pengajian peringkat Master, pengalaman kerja pun ada (walau sedikit). Orang kata sambil kerja sambil belajar. Perlu diakui bahawa tidak mudah untuk buat dua kerja yang bukan mudah dalam 2 waktu yang sama. Tapi, Insyallah, dengan azam dan pertolongan dari Allah s.w.t, segala-galanya ...

Burgerbyte, Tunjong, Kelantan.

Imej
Alhamdulillah, dapat makan burgerbyte di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan sebelum hari raya Aidiladha yang lalu. Kalau nak rasa, sila berkunjung sendiri nanti.

Kesian Orang Muda…

Imej
    Assalamualaikum W.B.T Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Hari ini saya ingin melontarkan pandangan peribadi tentang beberapa isu yang dihadapi oleh golongan belia atau fresh graduates  yang baru menamatkan pengajian di IPTA/IPTS. Untuk makluman, ini adalah pandangan peribadi penulis dan mungkin akan ada percanggahan pendapat dengan orang lain. Dialu alukan untuk mengemukakan pandangan tentang apa yang saya ulas di sini. Tak ada salah dan betul dalam penulisan ini. Golongan muda adalah salah satu dari kelompok yang amat terbeban dengan pelbagai isu yang berlaku dalam negara kita mutakhir ini. Kalau nak dikira, memang banyak isu yang melibatkan golongan muda. Isu mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian, bayaran balik pinjaman pelajaran, nak mendirikan rumah tangga, beli kereta dan rumah antara isu yang perlu diambil kira oleh kerajaan dan pihak – pihak berkepentingan dalam meminimumkan kesannya kepada golon...