Gambar kilang Flextronics P3 Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini. Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai. Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang d...
Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain... Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. Iklan dia kat bawah ni.... Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant -Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023 ...
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS