Seminar IMS 657


 
Barisan Urusetia....Elek A (OBE) 
 
 
Lelaki Melayu

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada urusetia program yang sudi memberi saya sedikit peluang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Buku Program sempena program Seminar Perundangan dan Etika Penggunaan Internet bagi Pelajar IPTA di Malaysia, 2013 pada kali ini.
Alhamdulillah . Marilah kita sama – sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t  kerana dengan izinNya kami dapat menjayakan program tersebut dengan jayanya walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi dalam melaksanakan program tersebut. Untuk makluman semua, Program seminar yang dijalankan julung – julung kalinya ini diharapkan agar memberi manfaat buat semua peserta dan juga barisan urus setia dalam menimba ilmu baru dan juga pengalaman dalam menguruskan acara dan majlis. Selain itu, penganjuran seminar ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada pemupukan budaya cintakan ilmu pengetahuan dalam diri pelajar sekalian seterusnya memberi pendedahan tentang etika dan perundangan dalam berinternet bagi semua peserta untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
 
Akhirnya, saya bagi pihak jawatankuasa program ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua – dua penceramah kita pada pagi ini yang sanggup meluangkan masa berkongsi ilmu dengan kita semua. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada En Juwahir bin Ali dan Pn Yanty Rahayu binti Rambli atas nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada kami dalam menjayakan seminar ini. Besarlah harapan saya agar seminar yang diadakan pada hari ini dapat memberi pendedahan, mewujudkan persefahaman antara semua serta perkongsian ilmu kepada semua peserta dan juga barisan urus setia bagi melahirkan pelajar yang beretika dalam berinternet. 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
MUHAMMAD SYAWAL MAT GHANI
PENGARAH PROGRAM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan