Forum Kerjaya 2013



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam ini saya nak update pasal Forum yang dihadiri pagi tadi. Program pembangunan karier yang bertemakan " Perjalanan Karier Anda Tentukan" telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini jam 8.30 pagi - 5.00 petang.

Antara pengisian yang telah diadakan ialah sesi forum yang bertajuk " Pembangunan Karier: Cabaran dan Masa Hadapan" memang menarik bagi kami sebagai pelajar akhir Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Ahli panel forum terdiri daripada:

1. Ybhg Dato' Hj Sidek bin Hj Jamil, mantan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia

2. En Mohd Safrie Zakaria, PTD

3. En Mohd Azlee Abdul Aziz, wakil NSTP

4. En Samsuddin, wakil daripada VTLS

Forum dimoderatorkan oleh En Zailan bin Endin, Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat. Banyak tips yang telah dikongsikan oleh mereka semua kepada kami yang hadir. Insyalalh saya akan coretkan dilain waktu.

Selain itu, kami juga didedahkan dengan grooming session oleh dua orang penceramah yang pakar dalam bidang masing - masing. Sesi Grooming pertama dikendalikan oleh En Hamiruddin Hamidi manakala Sesi Grooming kedua di kendalikan oleh Cik Nurul Diyana Zainul Ihsan. Banyak juga tips yang telah diberikan oleh mereka berdua dalam sesi ceramah masing - masing.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan juga fakulti atas penganjuran seminar ini. Semoga dijalankan pada masa - masa akan datang. Kalau boleh, diadakan kepada pelajar baru bagi Fakulti Pengurusan Maklumat.

Insyallah, ada masa kita akan bertemu untuk entri seterusnya. Kerja memang menghambat diri. Jumpa lagi di lain waktu dan kesempatan dalam entri yang lain. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan