Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan saya yang berada dimana - mana tempat di Malaysia ini, khususnya bagi rakan senegeri saya yang berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Kurang 24 jam dari entri ini merupakan tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia yang ingin menentukan tapuk pemerintahan mereka yang akan dibina selepas Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013. Pilihan yang dibuat nanti merupakan pilihan yang amat penting dalam sejarah samada ingin dikekalkan pemerintahan yang sedia ada atau diubah kepada kerajaan lain yang akan mencorakkan perubahan dalam politik Malaysia kearah pentadbiran yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

Malam ini merupakan pecutan akhir atau grand finale bagi semua parti politik yang bertanding dan juga bagi calon - calon bebas yang mewarnai pilihanraya kali ini. Persaingan dijangka sengit dibeberapa negeri dan juga kerusi tumpuan. Selangor dan Johor antara negeri yang menjadi tumpuan selain Kelantan dalam pilihanraya kali ini. Parlimen Shah Alam, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Segamat serta banyak lagi kawasan Parlimen dan DUN yang menjadi lensa fokus dalam pilihanraya pada kali ini. Kemunculan ramai calon bebas terutama di Selangor ini menyebabkan situasi pilihanraya dijangka sengit.

Saya sebagai pengundi yang akan mengundi buat pertama kali dalam hidup mesti memanfaatkan peluang yang sedia ada untuk memilih kerajaan yang diiginkan. Peluang yang datang dalam temph lima tahun sekali ini tidak harus disia - siakan. Bak kata Barrack Obama: Change We Need!!!

Fokus Kelantan 2013

Kelantan, merupakan antara negeri fokus dalam PRU 13 ni. Insyallah, kekal bersama Islam. Setiap hari dalam TV, Kerajaan Kelantan dihentam cukup - cukup. Saya malas nak mengulas tentang provokasi atau fitnah yang dilemparkan. Lihatlah gambar dibawah dan buatlah penilaian dan pemilihan masing - masing. Semoga Islam akan menang nanti...


Biarkan gambar berbicara......








Tukar kelantan???


Suara Rakyat: Kekal atau Tukar


Buat perantau, pulanglah mengundi. Undi anda penentu perubahan masa depan negara. Insyallah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan