Sejenak di Pulau Mutiara


Dari Puncak Ke Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya walau di mana kita berada.

Hari ini saya ingin kongsikan sebuah bingkisan tentang perjalanan saya dan rakan – rakan ke Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Pulau Pinang yang telah selamat dijalankan pada 20 – 21 April 2013 yang lalu. Tak sempat nak update pada masa yang ditetapkan disebabkan oleh tuntutan kerja sebagai pelajar yang perlu didahulukan…

Kami memutuskan untuk mengadakan penggambaran Final Project bagi subjek IMR 665 Management of Audiovisual Records and Archives di Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Pulau Pinang selepas permohonan mengadakan penggambaran di Muzium Perang, Batu Maung juga di Pulau Pinang tidak dapat dijalankan. Sebab kalau nak interview penjaga disana, kami kena bayar perkhidmatan tersebut. Jadi kami memutuskan untuk menjalankan penggambaran di Fort Cornwallis.

Lebih kurang jam 8.00 pagi 20 April 2013 yang lalu, kami bertolak ke destinasi yang dituju dengan menaiki kereta Honda City milik ayah sahabat saya, merangkap pemandu kami iaitu Muhammad Asyraf bin Ahamd Royali. Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang, kami sempat singgah di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah Arah Utara bagi melepaskan penat lelah perjalanan. Sarapan pagi menjadi agenda utama di sana. Usai sarapan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.


Bergambar kenangan selepas makan di RNR Tapah

Tempat makan pagi.....




No Smoking dalam kereta....ok!!




Asyraf......pamandu yang setia dan sabar melayan kerenahku. Syukran





Fort Cornwallis: Perjalanan penuh kenangan...

Sekitar pemandangan diatas Jambatan Pulau Pinang











Fort Cornwallis: Sejarah Pulau Pinang



Tugu Peringatan Sir Francis Light




Info tambahan: Patung gangsa ini diukir dengan wajah anak sulung beliau, William Light. Tiada rekod wajah sebenar Francis Light

Chapel: Gereja Kecil



Penjara Fort Cornwallis





Rumah Api



Kawasan Simpanan Serbuk Senjata Api



Meriam




Info tambahan: Semua meriam ini adalah meriam asal

Meriam Seri Rambai





Kota Cornwallis dari luar

Bangunan Sekitar Fort Cornwallis





Bergambar kenangan sebelum pulang...sedih3


Jam 12.00 tengah hari, kami selamat sampai di Fort Cornwallis. Tempat yang dituju. Rupa – rupanya kota tersebut terletak di tepi pantai dan agak di tengah bandar di Padang Kota Lama. Tanpa membuang masa, kami meneruskan penggambaran bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami.

Bayaran masuk RM 2.00 bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak - kanak. Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi - 7.00 petang.

Sesi membuat video bermula dengan setiap dari kami mengambil slot masing – masing. Lebih kurang 5 ke 6 jam kami berada di sana. Dari matahari terpacak, hingga matahari nak masuk dah. Dengan panasnya, laparnya dan macam – macam lagi perasaan, kami memang berusaha keras menjayakan penggambaran tersebut! Yang paling menarik dan akan menjadi kenangan bagi kami semua ialah sesi interview bersama pelancong asing dari France!! Ini bagi memenuhi keperluan video tersebut.

Siap semua video dirakam di sana, masalah penempatan dan kelaparan bermain di minda kami. Penginapan tak cari lagi dan perut berkeroncong membuatkan kami mengambil keputusan untuk mencari penginapan dulu. Makan kemudian. Dalam perjalanan mencari penginapan, kami singgah solat jamak qasar di Masjid Jamek Sungai Besar untuk solat (kalau tak silap). Selesai solat, kami mencari penginapan di hotel – hotel bajet yang murah. Memang payah nak cari yang sesuai untuk kami sebab kami 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Nak dipendekkan cerita, kami menginap di B Hotel dan rakan perempuan kami menginap di hotel berdekatan dengan hotel kami. Dekat je…

Kisah dihotel, biarlah menjadi rahsia antara saya dan rakan yang lain. Ingatan untuk yang ingin menginap di hotel, sila check penginapan sebelum masuk. Kami makan malam di KFC berdekatan USM Pulau Pinang. Usai makan, kami solat di Masjid USM dan pulang. Tidur……..


 Bukit Bendera: Kenangan tersimpan di Hati


Hari kedua, kami mengambil kesempatan alang – alang berada di Pulau Pinang, kami ke Bukit Bendera. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Tiket masuk RM 4.00 sahaja sebab kami pelajar. Memang best……


Kaki Bukit






Kenangan di atas Bukit Bendera 








Muzium Burung Hantu...tak pergi pun


Laksa Penang asli.......slurpppp
Ais kacang3......





Masa kami di atas bukit, hujan turun dengan lebatnya....

Selesai di Bukit Bendera, kami ke Tesco Taman Sembilang untuk membeli Jeruk Pak Ali, jeruk yang paling tersohor di Pulau Pinang. Dengan bantuan saudara yang baik hati yang menunjukkan jalan ke tempat tersebut, kami selamat sampai dan selamat beli jeruk…

Selesai beli jeruk, kami ke Bagan Buaya, kampung kawan kami Mastura bt Che Amat. Makan tengah hari. Jimat duit sikit. terima kasih Mas. Ha3….

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan pulang ke Puncak Perdana dan tiba di puncak lebih kurang jam 10.00 malam.






Terima kasih kepada semua ahli kumpulan dan rakan - rakan lain yang membantu menjayakan projek kami ini. 

Duit boleh dicari, pengalaman dan kenangan sukar diganti....




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan