Research di SALAM Shah Alam Specialist Hospital



 

Alhamdulillah, saya dan rakan - rakan yang lain, Mohd Faizol bin Abdul Halim, Zulaikha Sofia Zulkifli dan Laily Syuhaida Safia selamat menjalankan Lawatan Sambil Belajar atau bahasa mudahnya Research bertempat di SALAM Shah Alam Specialist Hospital. Research yang bermula pada jam 2.35 petang telah selesai jam 4.30 petang. Alhamdulillah...

Kalau nak diikutkan, saya ada dua research pada hari ini. Pertama di SALAM Hospital ini dan yang kedua di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Memandangkan jatuh pada tarikh dan masa yang sama, jadi saya memutuskan untuk ke SALAM Specialist Hospital dan rakan saya, Muhammad Asyraf akan ke MPSJ untuk menjalankan kajian bersama rakan - rakan sekumpulan yang lain. Kalau nak diikut hati, memang saya nak ikut dua - dua tempat tu, sebab lain tempat, lain pengalaman. Tapi, apa kan daya, terpaksa memilih antara dua. Hu3

Disana, kami mendapat pendedahan mengenai Pengurusan Rekod Perubatan yang telah dikongsikan kepada kami oleh En Syirazi Fitri bin Mohamad Yaziz, selaku Pegawai Rekod Perubatan disana yang bertanggungjawab tentang pengurusan rekod di sana. Memang banyak yang kami dapat dalam temubual yang dijalankan dan juga pemerhatian yang dijalankan disana.

Memang banyak kelebihan dan kekurangan yang kami dapati dalam lawatan kami kesana tadi. Semua itu akan kami dokumenkan untuk dijadikan sebagai bahan kajian bagi membuhi keperluan kursus IMR 655 Management of Medical Record yang diajar oleh Pn Nik Azliza bt Nik Ariffin.

Insyallah, proses seterusnya ialah menterjemahkan segala rakaman yang dijalankan dalam bentuk dokumen.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua staff di Jabatan Rekod Perubatan SALAM Shah Alam Specialist Hospital yang sudi membantu kami dalam menjayakan reserch ini.


Patient Case Note di SALAM Hospital

 Note: Tak ada maklumat yang boleh dipamirkan, sebab semua maklumat pesakit adalah sulit




 Susunan Rekod diatas rak dalam Jabatan Rekod Perubatan


  


 

 Penyampaian cenderamata tanda kenangan
 

 Bergambar kenangan bersama kumpulan dengan bos...



 Laman Web Hospital: SALAM Shah Alam Specialist Hospital

 Facebook: Facebook SALAM


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan