Rangkuman Program (17 - 18 Mei 2013)
Entri Terbaru!!! Sepatutnya dah kena update semalam. Tapi memandangkan masa yang tidak mengizinkan dengan banyak tugasan yang terpaksa dikerjakan, update pun ditangguhkan. Kalau nak diikutkan, semalam (17 Mei 2013) merupakan hari yang memang memenatkan bagi saya. Nak tahu sebab apa??
Kelas IMS 556 jam 8.15 pagi - 10.30pagi
Cuba sedaya upaya menyiapkan Individual Assignment IMR 655 Management of Medical Records. Saya start lepas kelas sampailah jam 12.00 tengahari
Jam 12.10 tengahari, bergerak ke Makmal Komputer 1 Fakulti Pengurusan Maklumat untuk mengisi Kajian Malaysian Soft Skills Scale (My3S) Pelajar Semester Akhir 2013 Program Ijazah Sarjana Muda di IPTA bagi tahun 2013 UiTM.
Siap isi, terus Solat Jumaat di Surau Al Ikhwan, Taman Sandaran Permai...
Jam 2.45 petang, menghadiri program HI-TEA PERDANA anjuran IMSA bertempat di ISLAND BBQ STEABOAT, Kampung Melayu Subang. Alhamdulillah, program berakhir lebih kurang jam 6.00 petang. Makan steamboat je...Alhamdulillah, best dan menghiburkan.
Kalau diikutkan, saya dan rakan yang lain ada kelas ganti jam 6.00 petang sampai 8.00 malam. Tapi, alangkah kecewanya saya, bila kami sampai di kolej jam 6.30 petang, kelas dibatalkan pulak. Sebab ramai pelajar yang tak datang. Kami memang nak present semalam, dah cancel pulak....
Ni banner tempat yang asal pergi Hi Tea, tak jadi. Nak buat macam mana.... |
Bila 17 Mei 2013, pada waktu malam, saya terlibat dalam program Malam Santai Gazebo. Selaku Biro Usahawan, saya memang terlibat secara langsung dengan jualan lah semalam. Alhamdulillah, banyak juga hasil yang kami dapat. Tak siap audit lagi...
Program berakhir jam 11.30 malam. Lepak di surau sekejap lepas selesai mengemas tempat program, jam 12.00 malam, saya selamat sampai di rumah. Ikutkan nak stay up nak siapkan assignment, apakan daya....Saya tidur dalam kepenatan...
Sabtu, 18 Mei 2013
Solat Dhuha dan Kuliah disampaikan pagi tadi di Surau Al Iqra', Kolej Jasmine...Sungguh bermanfaat walaupun sekejap. Insyallah akan dijalankan lagi nanti..
Ulasan
Catat Ulasan
Assalamualaikum W.B.T
Cer Komen Sikit...#JomSimpanEMAS