Langkawi: Kenangan Setahun

Tanggal 28 Mei - 30 Mei 2012 adalah merupakan tarikh keramat buat kita semua sempena program Lawatan Akademik Ke Langkawi. Sedar tak sedar dah setahun kita meninggalkan kenangan di Langkawi. Terima kasih kepada semua sahabat yang bersama - sama ke Langkawi dan juga kepada Pn Nordiana Nordin dan En Jeff sebagai Penasihat. Semoga kenangan yang tertinggal disana akan abadi dalam ingatan bersama - sama....

Saya nak kongsikan detik - detik semasa kami berkampung disana selama 3 hari 2 malam yang penuh dengan kenangan yang tak mungkin dapat dicoretkan dalam ruangan yang terhad ini. Semoga apa yang ingin dikongsikan ini akan menjadi kenangan abadi buat semua rakan penulis dan yang paling utama buat penulis sendiri.

Bermula kisah kami nak buat program ke luar bertitik tolak dari kisah peruntukan pelajar. Katanya banyak duit yang fakulti ada, tapi student tak nak buat program. Apa lagi, kami menggunakan kesempatan ini untuk membuat program ke luar. Kalau diikutkan cadangan, ada jugak cadangan yang macam susah nak buat. Ada yang cadang nak gi Korea masa tu. Memang tak dapatlah. Pada mulanya kami bercadang nak buat lawatan ke Kedah Darul Aman. Selepas beberapa kali perjumpaan bersama rakan sekelas, kami memutuskan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi.

Memang susah nak mendapatkan persetujuan daripada semua pelajar sebab ada yang tak datang masa mesyuarat kelas dijalankan. Masa mesyuarat pulak, ada yang marah - marah, menangis, tak puasa hati dan macam - macam ragam manusia. Bagi saya, itulah asam garam dalam mengendalikan mesyuarat. Semua kenangan mesyuarat tu tersimpan dalam ingatan. Tak perlulah dicoretkan disini ye.

Sekalung tahniah buat Pn Nordiana Mohd Nordin dan En Jafalizan Md Jali kerana sudi membantu kami dalam melaksanakan misi ini sehingga berjaya. Ada orang bertanya kepada saya dan juga kawan - kawan lai "macam mana korang boleh lepas program ke langkawi ek"?. Saya jawab mudah je, setiap program kami akan rujuk kepada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP) dulu sebelum hantar kertas kerja (masa tu Dr Azman Mat Isa). Kami akan siapkan kertas kerja dulu dan tunjuk kat Dr Azman. Selepas pembetulan, kami akan hantar sekali lagi kertas kerja tersebut. Pengalaman saya berurusan dengan Dr Azman memang menarik. Dia akan periksa kertas kerja kita dari segi ejaan, tatabahasa dan juga struktur kerja. Betul ke tak. Kalau ada perubahan, dia akan minta kita ubah dan hantar semula.

Untuk lebih kuat kertas kerja, buat program kemasyarakatan. Memang ada udang sebalik mee goreng, tapi utamakan program kemasyarakatan dulu. Yang lain tu kemudian....

Kami tinggal di Motel Warisan Tok Wan




Bawah ni gambar - gambar sempena Langkawi: Kenangan Setahun



Di Jeti Kuala Perlis

Bergambar kenangan di Jeti Kuala Perlis bersama penasihat


Budak lelaki kelas aku......9 orang je
Di Perpustakaan Awam Langkawi

Memerhatikan pengunjung perpustakaan membuat kerja rumah
Dah2...buat bagi siap ye....
Bergambar dalam Perpustakaan....
Bergambar dalam Perpustakaan....


Ni huruf apa adik????
Pn Diana memeriksa kawasan...ha3

Staff di Perpustakaan Awam Langkawi


Penyampaian cenderamata tanda kenangan




Dalam perjalanan ke Rumah Anak Yatim Ulu Melaka




Apa agaknya yang difikirkan oleh pengarah kita ek???

Kami sampai disana disambut oleh penghuni rumah tersebut. Yang paling mengharukan ialah mereka beratur panjang untuk menyambut ketibaan kami. Dan yang paling mengharukan lagi ialah mereka dididik untuk susun selipar masa nak masuk rumah! Kami ikut dan je...














Ucapan alu - aluan daripada Pengurus Rumah Anak Yatim
Ucapan Pn Nordiana mewakili UiTM

Persembahan adik - adik perempuan




 Persembahan adik - adik lelaki




Penyampaian cenderahati buat pelajar - pelajar disana




Penyampaian cenderahati kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Ulu Melaka



 Bergambar kenangan bersama penghuni rumah


Jaga - jaga bob...


Majlis menanam pokok rambutan tanda kenangan...

Semoga dah berbuah dan memberi manfaat buat mereka








Rewangggggggggggggg

Gotong royong memasak makanan...






Hasil dekorasi...
 


Karaoke Pn Diana



Secebis kasih membuatkan kita sayang,
Seucap janji membuatkan kita percaya,
Sekecil luka membuatkan kita kecewa,
Tetapi sebuah persahabatan selamanya bermakna….

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan