Skip to main content

Ada Apa Dengan Palestin???




PROGRAM
ADA APA DENGAN PALESTIN?
______________________________________________________________________

TARIKH: 13 - 16 MEI 2013 (RABU)

TEMPAT:
DEWAN SEMINAR DAN KAWASAN SEKITAR KAMPUS PUNCAK PERDANA

ANJURAN:
INTERGRATION OF RECORDS COMMUNITY ASSOCIATION (I-REC) &
RESOURCE CENTRE MANAGEMENT ASSOCIATION (ReCMA)


DENGAN KERJASAMA
AMAN PALESTIN BHD.

Ahli Panel Forum:
1. En Mohd Sharulazilan bin Said 
(Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency Malaysia MRA) 

2. Saudara Muhammad Firdaus Maulana Mohamed (Maulana AF 8)
Duta Aman Palestin









Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan untuk menjadi moderator pada forum yang telah selamat berlangsung pada 16 Mei 2013 yang lalu (semalam). Memang banyak perkongsian yang bermanfaat yang telah dikongsikan oleh kedua - dua ahli panel forum tentang tajuk Apa Ada Dengan Palestin?. Forum tersebut telah diadakan di Dewan Seminar,Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana.

Antara yang saya boleh kongsikan disini ialah bagaimana keadaan rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Zionis laknatullah yang memang menyedihkan hati. Kami dipertontonkan dengan gambar mayat rakyat Palestin terutamanya kanak - kanak yang menjadi korban keganasan rejim Zionis. Tembakan dengan peluru yang dikenali dengan DIME menyebabkan kecederaan didalam tubuh badan kanak - kanak tersebut. Memang kalau dilihat sekali imbas, tiada apa - apa yang berlaku keatas mayat kanak - kanak tersebut.

Tetapi, bila dibedah mayat kanak - kanak tersebut, seluruh usus sudah hancur dan terbakar. Ini disebabkan oleh peluru DIME yang digunakan terhadap rakyat Palestin. Ini antara sedikit perkongsian yang boleh saya coretkan disini. Pengalaman menjadi moderator buat pertama kali memang tidak boleh dilupakan sampai bila - bila.

Insyallah, bertemu dicoretan yang lain...

Aman Palestin: http://www.amanpalestin.net/

MRA: Malaysian Relief Agency

Comments

Popular posts from this blog

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan

Semalam, 3 Disember 2014, genaplah sebulan saya bekerja di Flextronics (P5, Perai, Pulau Pinang). Ini catatan pertama dan terakhir saya untuk entri kerja kilang ini. Sebab apa.......baca sampai habis entri kali ini.

Alhamdulillah, niat untuk mencari pengalaman bekerja sebagai "mat kilang" sudah tercapai dan terlaksana. Sejarahnya bermula kalau tak silap pada 27 Oktober 2014 di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan. Temuduga terbuka telah diadakan disana dan saya telah mengunjunginya dan dipendekkan cerita, berjaya dalam "temuduga" sebagai Operator Pengeluaran di kilang Flextronics, Penang (tak da lah temuduga sangat, isi borang dan jawab soalan matematik sikit, dah dapat). Orang kata rezeki lah sebab memang kilang ni nak pakai ramai Operator. Beberapa ratus orang jugak lah nak pakai.

Sebab utama saya tertarik nak bekerja disini selain ingin mencari pengalaman kerja sebagai pekerja kilang adalah disebabkan oleh ada hostel yang disediakan oleh kilang (Flat di Taman Sun…

Cabaran Pekerja Baru BDE Allianz Malaysia

Semalam, genap 4 hari saya mencuba nasib bekerja sebagai seorang Business Development Executive (BDE) di syarikat Allianz Malaysia Kota Bharu. Jawatan yang memang berbeza dengan apa yang saya harapkan dan bukan dalam bidang pengajian. Walau apa pun, saya nak cuba kerja dalam bidang ini dahulu. Cari pengalaman dalam bidang yang lain...
Masa tengok iklan di laman web masa dulu, memang menarik tawaran dia. 
Iklan dia kat bawah ni....
Kerja Kosong Clerk Admin/Executive - 28 Feb 2015 Jawatan Kosong Clerk Admin/Executive
Peluang bekerja di Syarikat Kewangan Terkukuh di Malaysia
Syarat-syarat bagi permohonan jawatan Clerk Admin/Consultant
-Kelayakan Spm,Diploma,Degree -Minimum Umur 21-30 tahun -Mempunyai kenderaan sendiri -Tiada Pengalaman/ Berpengalaman dialukan -Training disediakan -Berpewatakan Menarik
Berminat sms nama, umur,lokasi & jenis kenderaan ke 0183198023 contoh: zaara, 25 tahun, kuala lumpur, kereta hantar ke 0183198023
2 Mac 2015 yang lalu, saya dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat A…

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua yang masih mengikuti saya di Blog SERAIKAYU123 ini. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini, entri yang ingin dicoretkan di sini adalah berkenaan dengan Interview Sekretariat JPK Jasmine Tahun 2011.
Teringat dengan sesi Interview Sekretariat yang saya pernah jalankan bersama – sama dengan Majlis Tertinggi JPK Jasmine pada sekitar tahun 2011 yang lalu untuk memilih beberapa kekosongan bagi jawatan Sekretariat, iaitu pembantu kepada EXCO JPK. antara jawatan yang kosong bagi sekretariat pada masa itu seingat saya adalah seperti Sekretariat Akademik, Kepimpinan, Disiplin &  Keselamatan, Aduan & Kebajikan, Kreativiti & Inovasi, Publisiti & Multimedia, Perhubungan Dalaman, Perhubungan Luar & Antarabangsa, Agama & Kerohanian, Kesenian & Kebudayaan , Sukan & Rekreasi dan Keusahawanan.
Pengalaman sebagai Panel Penemu duga dalam sesi temu duga yang diadakan memang kalau diingat boleh me…