Catatan

Krisis Mesir: Sebuah Catatan Peribadi

Imej
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke 7 Umat Islam diseluruh dunia berpuasa. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh Umat Islam di seluruh dunia yang menyambut ketibaan Tetamu Agung ini. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan mendapat pahala yang penuh dari Allah s.w.t nanti Insyallah. Hari ini terasa nak kongsikan pandangan peribadi dengan rakan sekalian berkenaan dengan krisis yang melanda Mesir yang telah bermula pada malam 3 Julai 2013 yang lalu yang menyaksikan Presiden Sah Mesir, Dr Mohammed Morsi yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Mesir dalam Pilihanraya Mesir telah digulingkan oleh tentera negaranya sendiri. Saya membaca beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin - pemimpin Islam dalam negara ini yang mengeluarkan pendapat masing - masing berkenaan dengan isu yang melanda Mesir ini. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas isu ini kerana kekurangan fakta...

Surat Terbuka kepada PMH

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua penggerak dan keluarga saya sekalian. Semoga masih berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Surat Terbuka  ini saya tujukan kepada Majlis Tertinggi, Exco PMH dan Penggerak PMH sekalian. Mukadimah Surat ini adalah lanjutan penjelasan secara bertulis cadangan yang saya kemukakan pada Mesyuarat Perdana PMH yang telah diadakan pada yang lalu. Oleh sebab masa yang mesyuarat yang agak lewat habis dan penjelasan lanjut tidak dapat saya bentangkan, saya mengambil keputusan untuk memberi penjelasan secara bertulis tentang cadangan yang telah saya kemukakan dahulu. Untuk makluman semua, surat ini adalah cadangan daripada diri saya sendiri berdasarkan kepada pengalaman dan penglibatan selama lebih kurang 1 tahun setengah dalam PMH dan juga melalui pandangan saya sendiri. Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Saya berharap agar segala apa yang dicoretkan di sini diambil serius dan dikaji secara mendalam...

Countdown to Ramadhan

Imej
Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi, Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu agung Ramadhan Al Mubarak yang merupakan  suatu bentuk tarbiyah khas yang wajib dilalui oleh seluruh Umat Islam selama sebulan yang telah di rangka khusus oleh Allah s.w.t agar kita menjadi umat yang bertaqwa kepada Nya nanti. Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Ibadat Puasa ini. Semoga memberi manfaat buat semua pembaca. Insyallah. Definisi Puasa Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala puasa dari segi istilah syara’ pula bermaksud menahan diri dari segala sesuatu yang dapat membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai matahari terbenam dengan disertai dengan niat. Jenis – jenis Puasa Puasa Wajib seperti puasa Ramadhan, puasa Nazar Puasa Sunat seperti puasa Isnin Khamis Puasa Haram seperti puasa Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha Rukun Puasa Niat pada malamnya Menahan diri dari s...

MUNAJAT PEMBEBASAN UMMAH 2013

Imej
Alhamdulillah, saya dan beberapa orang sahabat yang sempat menghadiri Program Munajat Pembebasan Ummah yang   telah diadakan pada Ahad, 30 Jun 2013 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam. Program yang diadakan oleh Muslim Care Malaysia dengan kerjasama pelbagai NGO yang membantu Palestin dihadiri oleh: Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Abdul Awang, Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al Quds Antarabangsa.  Abdal Ghania I Yasin, Anak Kepada As Syahid Sheikh Ahmad Yasin. Abdaallatif A M Rayyan, adik kepada As Syahid Dr Nizar A M Rayyan. Ahmed Abu Ayesh Alnajjar, Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin. Program dimulakan dengan Ucapan daripada NGO - NGO yang terlibat. Antara yang memberikan ucapan termasuklah:                                               ...

Warkah untuk sahabat…

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat saya yang masih mengenali diri ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kepada yang dalam mood peperiksaan, selamat berjaya saya ucapkan kepada kalian. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua perkara yang dilakukan. Perpisahan kan terjadi…. Ingin dinukilkan disini bahawa genap 3 tahun saya berada di sini 26 Jun 2010 – 26 Jun 2013. Banyak kenangan pahit manis suka duka yang telah kita harungi bersama sebagai kawan. Namun, perpisahan bakal terjadi antara kita. Sebab setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Ingatan para daie.. Kepada adik - adik yang akan meneruskan mata rantai perjuangan dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari ini, teruskanlah perjuanganmu dengan sabar dan tabah. Dalam perjuangan ini, hanya orang yang berjiwa besar sahaja dapat mengharungi segala cubaan da...

Seminar Pengurusan Rekod Perubatan IMR 655

Imej
  Assalamualaikum dan Selamat Malam buat semua...    Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya bersama orang                               yang tersayang... Alhamdulillah, pada 12 Jun 2013 yang lalu (semalam) telah selamat berlangsung program Ceramah Pengukuhan Pengurusan Rekod Perubatan Siri 7 yang telah selamat dijalankan di bilik Seminar 1, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Ceramah yang memfokuskan kepada pengurusan bencana menampilkan panel dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kajang dan Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Banyak perkongsian yang telah dikongsikan kepada kami oleh panel yang terlibat. Semoga boleh menjadi maklumat tambahan buat kami nanti.... Gelagat rakan - rakan sebelum seminar...    Pn Nik Azliza menjadi Moderator Forum Penyampaian Cenderamata buat Moderator dan Panel For...

Derma Darah 2013

Imej
  Assalamualaikum dan Selamat Petang. Indah sungguh petang ini untuk diluangkan sedikit masa untuk menulis entri tentang program yang dihadiri hari ini. Alhamdulillah, saya dan beberapa orang rakan yang lain berkesempatan untuk menghadiri program Derma Darah yang telah selamat berlangsung di Dewan Seminar 1, Fakulti Pengurusan Maklumat dari jam 9.00 pagi – 4.30 petang. Ramai juga yang datang untuk menderma darah mereka bagi keperluan di Pusat Darah Negara. Program anjuran Pusat Darah Negara (PDN) ini perlulah diteruskan untuk masa – masa akan datang untuk menampung bekalan darah di PDN yang semakin berkurangan. Semoga dengan program ini dapat menambah bekalan darah di sana. Ini Kali kedua saya menderma darah bersama PDN. Ada juga sahabat yang pertama kali menderma. Semoga berterusan... Info Lain: Pusat Darah Negara (PDN)