Warkah untuk sahabat…



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat saya yang masih mengenali diri ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kepada yang dalam mood peperiksaan, selamat berjaya saya ucapkan kepada kalian. Semoga kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Perpisahan kan terjadi….

Ingin dinukilkan disini bahawa genap 3 tahun saya berada di sini 26 Jun 2010 – 26 Jun 2013. Banyak kenangan pahit manis suka duka yang telah kita harungi bersama sebagai kawan. Namun, perpisahan bakal terjadi antara kita. Sebab setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Ingatan para daie..

Kepada adik - adik yang akan meneruskan mata rantai perjuangan dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari ini, teruskanlah perjuanganmu dengan sabar dan tabah. Dalam perjuangan ini, hanya orang yang berjiwa besar sahaja dapat mengharungi segala cubaan dan halangan untuk meneruskan perjalanan yang panjang ini. Be the Best, Beat the Rest..

Mohon maaf atas segala-galanya…

Sebelum diri ini pergi, inginku mohon sejuta kemaafan dari sahabat sekalian atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan samda secara sengaja atau tidak. Terkadang diri ini terlanjur dalam kata – kata, ada janji yang tidak ditepati, ada kata yang menyakitkan hati mengguris jiwa dan perasaan. Ada kala termarah tak tentu pasal, terarah yang bukan – bukan dan sebagainya. Mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Kepada sahabat yang sudi bekerja bersama saya sepanjang 3 tahun ini, terima kasih saya ucapkan. Segala pengorbanan anda hanya Allah dsapat membalasnya. Kita berpisah hanya dimata, tapi dihati kan bersama selamanya….
                               
“ KEUSAHAWANAN SATU IBADAH”

Yang menjalankan tugas,
YB MUHAMMAD SYAWAL BIN MAT GHANI
EXCO USAHAWAN PMH 2013 (MANTAN)
30 JUN 2013 

A Good Leader is A Good Follower

Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan tak akan pernah berhenti....


Penggerak Part 6 yang akan meninggalkan PMH.....hu3 
Biro Publisiti dan Multimedia
Biro Dakwah dan Surau....
Biro Usahawan
Biro Tarbiyah dan Kebajikan
Majlis Tertinggi PMH

Perpisahan ini bukanlah bermaksud pengakhiran segalanya. Namun, jadikanlah ia sebagai permulaan untuk segalanya....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan