MUNAJAT PEMBEBASAN UMMAH 2013


Alhamdulillah, saya dan beberapa orang sahabat yang sempat menghadiri Program Munajat Pembebasan Ummah yang  telah diadakan pada Ahad, 30 Jun 2013 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.


Program yang diadakan oleh Muslim Care Malaysia dengan kerjasama pelbagai NGO yang membantu Palestin dihadiri oleh:

Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Abdul Awang, Ahli Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al Quds Antarabangsa. 

Abdal Ghania I Yasin, Anak Kepada As Syahid Sheikh Ahmad Yasin.

Abdaallatif A M Rayyan, adik kepada As Syahid Dr Nizar A M Rayyan.

Ahmed Abu Ayesh Alnajjar, Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin.

Program dimulakan dengan Ucapan daripada NGO - NGO yang terlibat.
Antara yang memberikan ucapan termasuklah:

 
                           
                               Ucapan daripada Timbalan Presiden Muslim Care

Turut Berucap YB Dr Abdul Rani Osman


                               Ucapan YB Ustaz Salehin Mukhyi, EXCO Agama Selangor

                               

Ucapan daripada Abdaallatif A M Rayyan 
                         

Ucapan daripada Ahmed Abu Ayesh Al Najjar


Ucapan daripada anak Ahamd Yasin


Ucapan perasmian dan pelancaran PACS oleh Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang


Peelancaran PACS yang dipengerusikan oleh Ustaz Khalil Abdul Hadi




Palestine Action Coordination Secretariat (PACS) adalah gabungan NGO2 yang menjalankan jihad kemanusiaan di Palestin. Gabungan ini disertai oleMuslim Care Malaysia Society, Yayasan Amal Malaysia, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan GAMIS. 

Penubuhan PACS adalah bertujuan untuk menyelaras dan menggerak agenda pembebasan baitulmaqdis serta memperkasa sinergi antara badan-badan yang berkaitan. Ini mempermudahkan gerak kerja secara fokus mengikut kepakaran serta bidang NGO2 masing-masing.


Objektif PACS adalah seperti berikut:


- Menjadi badan penyelaras kepada semua NGO penggerak pembebasan baitulmaqdis;
- Menjadi penggerak utama pembebasan baitulmaqdis dalam aspek pendidikan, kebajikan, kemanusiaan & perundingan; dan
- Memperkasakan hubungan antara NGO penggerak baitulmaqdis dan badan2 di peringkat antarabangsa.

Sumber: Muslim Care Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan