Countdown to Ramadhan




Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi, Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu agung Ramadhan Al Mubarak yang merupakan  suatu bentuk tarbiyah khas yang wajib dilalui oleh seluruh Umat Islam selama sebulan yang telah di rangka khusus oleh Allah s.w.t agar kita menjadi umat yang bertaqwa kepada Nya nanti.

Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Ibadat Puasa ini. Semoga memberi manfaat buat semua pembaca. Insyallah.

Definisi Puasa

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala puasa dari segi istilah syara’ pula bermaksud menahan diri dari segala sesuatu yang dapat membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai matahari terbenam dengan disertai dengan niat.

Jenis – jenis Puasa

  1. Puasa Wajib seperti puasa Ramadhan, puasa Nazar
  2. Puasa Sunat seperti puasa Isnin Khamis
  3. Puasa Haram seperti puasa Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha

Rukun Puasa

  1. Niat pada malamnya
  2. Menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari

Syarat – syarat Wajib Puasa

  1. Beragama Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Berkemampuan


Hari – hari Yang Dilarang Puasa

  1. Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
  2. Hari – hari Tasyrik iaitu tiga hari selepas Hari Raya Idul Adha
  3. Pada Hari Jumaat secara khusus
  4. Pada Sabtu secara khusus
  5. Puasa sepanjang tahun

Puasa Sunat

  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa Hari Arafah
  3. Puasa Hari Asyura dan sehari sebelum dan sesudahnya
  4. Puasa di Bulan Syaaban
  5. Puasa Hari Isnin dan Khamis
  6. Puasa Tiga Hari dalam setiap bulan
  7.  

Adab Berpuasa

  1. Makan Sahur kerana padanya ada barakah
  2. Menyegerakan Berbuka Puasa
  3. Berdoa ketika berbuka puasa dan ketika sedang berpuasa
  4. Menggosok gigi
  5. Membanyakkan ibadat sedekah dan membaca Al Quran
  6. Memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
  7. Beriktikaf di Masjid atau surau


Perkara yang Membatalkan Puasa

  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Haid dan nifas
  4. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka
  5. Berniat berbuka puasa
  6. Mengeluarkan mani
  7. Gila sama ada lelaki atau perempuan
  8. Pitam sepenuh hari
  9. Murtad
  10. Jima’ dengan sengaja disiang hari
  11. Bersetubuh


Semoga menjadi manfaat buat semua. Kalau ada silap salah mohon teguran.

Kepada Allah jua diminta kemaafan


Sumber Rujukan: 

Fikih Sunnah Jilid 2 karangan Sayyid Sabiq

Risalah Kesempurnaan Amalan karangan Haji Hasan Zaki bin Salleh, Penolong Pengelola Mubaligh, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Temuduga JPK: Suatu Catatan..

MPP: Tugas dan Harapan

Secebis Pengalaman, Secoret Kenangan